Sunday, 31 May 2009

5th Anniversary



1th June 2004
.....My Wedding Day.....


I got this from him...


After 1 year, 2 months 6 days.. I got these adorable noisy maker... :P..


Then, tgh tunggang terbalik study, datang plak this lovely boy.. join the team..


Up to know.. this is our family...




Today...

1th June 2009
My 5th year Anniversary...


I got this one.. lepas yang kat atas tu hilang, am so happy!


I just speechless and tak expect langsung..Alhamdulillah, tq yang :) hilang migrain aku sikit... Moga-moga keluarga kita dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki dan diberkati Allah....


My everdearest darling hubby..
Happy 5th Anniversary...
thank you for being the love of my life..
only with you will I wend through my ways..
Unburdened as heaven, unscathed as the sea!


Love you bie.. nak tulieh panjang2 kene migrain la plak malam tadi. Cuma sedikit pesanan, kalo rasa nak kasi Gucci ke PRADA ke sebagai tambahan, me tak marah eak... jangan segan-segan...



Tochehhh


Tuesday, 26 May 2009

Invigilator

Kerjaya baru yang bersifat sementara...


Kat Malaysia punya la liat kalo kene invigilate. Kat sini purposely pi apply.Gatai. Nak la rasa camna kan....

Time gi briefing invigilator, dengar mcm simple jer, akan ada supervisor, examiner, attendance and we as the invigilator. Then, kalo part2 yang scary sikit pun, bila ada proctor Uni of cambridge yang akan mai visit.

So, aku dok bayang, mcm kat Malaysia la kan, akan ada ketua pengawas, pengawas2 exam in which, normal invigilator dok sengih2 tolong collect kertas, kasik tag/benang or additional answer script booklet jer. Semua segala bagai announcement, incident2, semua ketua pengawas in-charge. Sekali, ramalanku silap...

My first session, kene jaga exam hall dekat fakulty of law, std approx dalam 60 orang. Ramai okkkk...cuak... mana tidaknya.. dah la time tu, aku baru tahu yang aku sorang je yang kene handle the whole exam! Spvsr yang kononnya akan ada bersama tu.. takde pun, mcm tak wujud. Dia dtg kejap2 jer. Mmg dia yang akan distribute xm paper. Aku masuk, ething dah ready.


Ok lagi time tu. Tapi...


Bila tang kene buat announcement di mana aku langsung tak practise.. and tambah pulak examiner paper tu (yg aku dok expect dtg lepas 20min exam dah start) dah siap tercongok dalam hall! Aku dah la tak practise. Baca text yang dia provide pun dah lintang pukang, intonasi ntah ke mana, pitching ntah mana (ewah!). Yang pedih dan paling menyayat hati sekali, bila spvsr tu dtg last2 minute suruh aku emphasize on cleaning gel (gara2 swine flu, sapa2 balik dr toilet sila basuh guna swine flue) and jam dinding dalam dewan. Std perlu di remind kan yang this examination akan ikut jam dalam dewan, bukan jam masing2. Boleh tak bagitau aku awal2 sikit, bukan tgh2 aku dok buat formal announcement tu...Yang aku paling takut is bila ada student buat muka cam cipan, konon2 tak paham apa aku cakap... hehehe.. alhamdulillah, takde. Yang pasti aku mcm ahli sihir yang huduh lagi gabra sebab kene pakai robe/gown hitam, berjalan2 turun naik tangga dalam hall tu, ala2 tabur jampi serapah!!! Formal gila. Ada ketikanya, ada student yang dongak2 ke ceiling, pejam celik mata... hahahhaha... tu tang magic aku mengena la tuh...

Kesimpulannya, satu dewan besar tu, mmg aku sowang jer take charge the whole exam (bagi additional booklet, bagi tag). Ada la sorang attendance tunggu kat luar pintu dewan, in case aku nak gi toilet. Isk! kot ya pun, bagi laaa 2 orang kan jaga skalik... isk. Kat uitm pun tak penah kene jaga sorang.. ya Ampunnn... aku tak bersedia lgsg utk invigilation yang sebegitu formal, mcm nak present paper...So, baru satu sessi. Aku ada lagi 8 sessi to go. Kali ni kene prektiss lebih sikit. Bukan buat sambil lewa. Lessons learned, always BE PREPARED.


**hrmm.. semalam tu open-book exam, tapi aku still nampak dorang cam tak cukup masa. Selalunya, paper gitu kata dia, susah gila.. nasibla... sapa suruh amek law :P. Aku baca xm question pun tak paham, apa lagi nak kasik jwpn. Memang tak layak lgsg aku nak jadi lawyer... heheheh



Tochehhh



Monday, 25 May 2009

Dr Aban Congregation

Tahniah Dr Aban..

Maseh sebab sudi mai umah, terlebih terkurang, harap2 dimahapkan la ek. Maseh juga sebab sudi jemput dtg time korang konvo, masuk ni dah kali kedua dah tgk konvo kat Cambridge. First time dulu dengan Dr Hisyam.

Haih.. diri seniri tatau bila.. uhuhu

Aban and family dah selamat balik ke Mesya dah. Lepas selamat "upacara2" wajib dijalankan, maka berangkat la mereka untuk pulang. Sob.. sob.. sedey mak! Aban and Hisyam are two femlies gang yang selalu jalan sama-sama. Bila dorang dah balik, terus aktiviti kami menjadi terhad dan kurang berkembang, hehehhe...

Tengok ritu, Daud dah tinggggiiii... pastu plak, cakap manyaakkk... petah betol.. best communicate dengan Daud, two way communication!! Auntie Sufee impress la. Mak Daud plak asyik dok stress bila tgk baju2 and toys baby girl, haihh.. Daud nanti mintak adek pompuan eahh... biar umi dapat merealisasikan impian2 nyeh.


Daud yang baru bangun... dalam senate house, dia bantai tido.. terlepas nengok "Ayah on stage!!"...


At last, they finally made it... tribute to "Dr Zura" sama... taraf pengorbanan sama je tue.. :), tahniah!


Hubby dengan Dr Aban.. seperti biasa, anak2 aku mesti nak interframe, gila glamer macam mak!


Haruslah ada muka penaja!


Lepas dpt ketas ni... dah takde ape dah nak ditunggu kat sini... hehehe... safe journey back home.. jgn serik mai umah kami.


Yang masih jauh lagi perjalanan.... doakan kejayaan kami....



Itu sajer.. mak depress plak bila pikir2, bila mak nak grad neh?? Reward2 dah siap masuk list!

Hoyehhhh..




Thursday, 21 May 2009

Adam & Camera

Yesterday I have visitors..

First time dapat jumpa Intan, Saiful Nang and the rest of the family. There is a slight changes on their date of arrival. Ingatkan sampai 21th, rupa2nya semalam... kelam kabut jugak la aku.

Before this, ada contact Intan ni before mai Cambridge, she was Uni of Cambridge Alumni. Ada la tanya2 apa-apa yang patut. Very nice person. Kat Malaysia before fly tak berkesempatan nak jumpa. So, this time alhamdulillah dpt jumpa jugak, jumpa semua sekali termasuk orked, her daughter.. hiiiii... cute! Malangnya tak sempat nak snap gamba, kelam kabut nak prepare makanan.. rugi

SN in-person sgt la humble. Even orgnya taraf2 millionare.. sgt tersusun pada hemat aku. All in all, I am so happy!! My kiddies pun tak abeh2 posing, si SN plak rajin dan pandai melayan budak. Hubby pun kan main lagi dia..So, ni salah satu gamba yang SN snap.. hehehe :P.. suka gamba ni...... nampak cam dia amek main2 jer.. aishh... tere betol


Untuk SN, Intan & Family, thanks loads sbb sudi singgah rumah kita... hopefully di Malaysia nanti jumpa lagi, yek..

Sok nak tgg Dawuuuuuuuudd plak yang balik dari Europe, cepat mama Daud.. Stoke-on-Trent ada SALE!!! ---> tribute tu Dila yer utk news ittew......


hoyehhh...


Monday, 18 May 2009

Dia

Dia yang bernama Jawa.
Read: Author juga ada ramai kawan keturunan jawa, so sifat buruk ini tiada kene mengena dengan keturunan jawa..

Sebelum meneruskan bacaan untuk entry tidak bermoral ini, lebih baik selawat banyak2 moga dijauhkan sifat2 negatif yang amat banyak diketengahkan dalam entry ini.

Read: author jiwa kacau... dan bukan sifat sebenar hehehhe

Adanya dia, tidak nafikan banyak meringankan kerja dirumah, termasuklah pengurusan anak-anak2 dan juga rumah saya. Dia yang mula dikenali end of 2005, mempunyai prestasi yang amat bagus dan cemerlang di awal musim bekerja. Rata-riti memuji kecergasannya membuat kerja dan tip-top dalam urusan kemas-mengemas, up to my standard la awal2 dulu. Berbaloi la konon bila downpayment nak amek dia mmg dah extra RM2000 compare to agent2 lain time tu. So, balik kampung sana sini semua suka dia. Mummy pun marah aku balik kalo nak arah2 si jawa tu buat keje lebih2, nasihat aku suruh buat baik, jgn buat macam kuli. PIL pun manjang tabur duit extra dekat jawa ni, dgn harapan jagalah cucu dia baik2. Sempat jugak la sekejap dia merasa ada bopren mat indon pelusuk mana ntah lepas aku bg greenlight pakai hp. Tapi, memegang prinsip mencegah adalah lebih baik.. hehehe.. maka majikannya yang phsyco ni pun menarik balik kebenaran ada hp. Ada hati tuu... dah la hp aku yang kasik (read:berkira okay!)

Oleh kerana prestasinya yang cemerlang itu, dia telah diangkut sekali ke UK dengan harapan dapat memudahkan kerja. Memanglah sekali-sekala sudah nampak juga perangai2 sebenar si jawa ni waktu di Malaysia. Tapi, standardlah, kita mahkluk Allah,hanya merancang dan berdoa agar dijauhkan dugaan2 yang tak mampu dihadapi. Lagipun pikir2 sapa nak jaga my kids, hubby plak kerja. So, lepas beriban duit kene spent nak convert her visa, bawaklah dia sekali ke UK. Ingatkan berbaloi... rupanya snow turun dengan lebatnya... terbayang duit aku yang hangusss....

Bila dah kat UK, sedikit demi sedikit dia mula meroyan dengan sendirinya. Lepas beberapa bulan tinggal di UK, dia mula menunjukkan jongangnya taringnya yang konon2 tajam tu. Mungkin dia beranggapan, oleh kerana majikannya lebih muda, maka dengan pengalaman hidup 2 tahun lebih lama haruslah dia yang lebih tere dalam menguruskan hal-ehwal rumahtangga. Apalah yang ada pada majikan saya, tunggang terbalik nak buat PhD, anak bongsu, anak manja mak, mana lah reti sangat nak handle rumahtangga nehhh.

Bermula dengan perangai yang suka menjawab balik mcm nak tunjuk tere dengan hebatnya cuba justify dekat majikan seolah2 majikan ni buduh cam kerbau tak boleh nak agak apa yang berlaku, diikuti plak dengan sifat2 malas yang makin menebal yang makin kelihatan, makin lemak, kain lipat makin huduh, susunan dapur susun macam suka hati mak bapak dia (kalau susun balik dan suruh dia ikut susunan tu sekalipun, akan jadi balik susunan ikut kepala dia). Rumah makin bersepah dan tidak bersih, esp dapur. Dahla aku ni pantang dapur and toilet kotor!! Suka bertangguh nak basuh pinggan mangkuk. Tgh malam buta baru nak basuh. Apa kes? Iron baju mcm tak iron..

Awal2 buleh la pejam mata, anggap jer anak2 sendiri yang tukang sepah and handling 3 kiddies not easy as well. See? Bertimbang rasa jugakla kan. But, bila twins go to school and she abseloutely has an ample time kat rumah and YET rumah masih bersepah2 mcm tongkang... baik tak payah ada helper! Me and myself pun capable cleaning it by myself, apalagi semua kerja kemas mengemas dia nak buat lepas aku balik rumah! Time2 tu, aku pun dah ada kat rumah. Lebeh la jawa ni..

Nak buat satu ayat yg takde kene mengena, aku n hubby makin lama makin kurus.... si jawa??? makin lama makin teballlll... hahahhaha.. jiwa senang betoi si jawa tu yea. Yer la dulu keje kat Dubai dulu dia kata, makan pun tak sempat...

Bila nampak cam naik minyak sangat, aku mula bertegas dengan jawa ni. Mula2 control jugak takut dia apa-apakan anak2 bila kitorang takde. But, bermula2 tangan Damia melecur lima jari kanan kene halogen stove, pahtu Adam jatuh dalam bath tab sampai rabak bibir.. pahtu ipod Danial terjatuh dalam toilet bowl, then suka hati mak bapak dia blend chiliboh guna blender untuk baby food, boleh? Semua bende2 tu dah cakap baaaaaaaaaaaaanyak kali sangat. Tapi pangai masih sama, pekak badak ke? Ke aku jer yang perasan garang and pada dia tak takut sikit pun? Yer la dia kan tinggi siket dari aku (lagipun mana ada org umur gituh yang rendah dr aku, budak sekolah rendah ada la...)

pastu plak pernah masuk line ngan mak mentua aku..

"mama.. mama terima enggak, kalo bekas pembantu rumah jadi menantu mama?"

....WTF!!

Mmg tak habih la kalu nak senaraikan pengalaman buruk aku. mcm la aku ni perfect sangat. So, at this time, this point.. I really need a break. I dont need an outsider a.k.a john doe (tatau beragama apa) anymore in my family, whereby she will be with my kiddies almost 65% of 24hrs everyday. Dah la kalu nak renew UK Domestic Worker mahal nak mati. So, what's the point paying monthly salary and yet dok sakit jiwa makan hati! Tak kiralah sapa yang lebih malaun, yg pasti aku yg byr gaji dia. Aku adalah majikan...

I have enough, hopefully lepas hantar dia balik, I''ll find a better solution.. hopefully my parents and PIL will understand and not forcing us to keep her. Kalo dorang nak simpan, amek lah. Aku and hubby, TAK NAK dah simpan dia satu rumah...




Monday, 11 May 2009

Yang bergelar Ibu...

Banyak terlihat entry untuk Mother's Day.

Me too. Happy mother's day to me, mommy, mama and every single moms in this world.... alhamdulillah sudah ada pengalaman menjadi ibu, berkongsi kasih dengan suami yang penyayang dan dikurniakan dengan 3 permata hati yang sihat sejahtera.

When it comes to lovely meaningful entry that is written for mothers, hati terdiam dan agak blank untuk menulis. Still not sure of my priority. It's hard to explain. For me, I have only one mommy that I love the most, with every beating of my heart. Sorry, I couldnt lie. I love my mommy very much. Nothing's gonna ever change that, no matter what happen. And untuk mak, you're not forgotton though it is hardly describe, thank you ever so much for delivering me to this world. I hope I will have the chance to bring my family to meet you. iAllah, when the time comes..

Happy moms day..mommy!


Me as a mommy...
Mommy with Abam...

Mommy with Dadam...

Mommy with Kakak...


Love you all so muchhh....


Great Yarmouth

Nak citer mana we all pegi last weekend.

We went to Norwich, seeing the good old friend of mine, one of the sumbangsih members... Ann!! Huhuhuhu... best sangat. Ann, thanks for the very the merry delicous siakap sweet sour, enak bangat!! negeheheheh.. sebagai tanpa tima kasih aku yg tak terhingga, meh aku nak tepek muka mu and the family...


Member baru jer pindah rumah, aku dah terjah... heheh.. terjah yang versi "kanan", dapat makan special Ann masak lak tuu.. nice.. Damia n Danial makan nasi banyakkkk sangat. Again Ann, tq.iAllah nanti mai Cambridge plak, aite.

Selepas tu, kami gi jalan2 pantai.. Great Yarmouth, Norfolk. Cantik jugak tempat ni. Tapi, beranginnya kuat amat, sejuk gilaaaaa... sampai rasa kurang practical jer nak berdiri feeling2 tepi pantai, kaki menggigil2, so haruslah tidak vogue jika bergamba.. hahaha. So, kami singgah sekejap jer sengih kiri, sengih kanan, pahtu balik. Anak2 pun suka sangat.. rindu pantai Mesya...

Malaysia..... oh tanah airku... patut ke aku balik eak??


posing ala-ala nak cover, sbnrnya sejuk gila tu...


Mama peluk pun dadam gigilkan??


Ni mmg la ciptaan yang tahan sejuk, sikit tak de kesan dengan angin2 laju tu rilekkkk jer main batu-batan


hehehhe... abang sempat jugak feeling2 tepi pantai, berdiri ala2 video clips untuk siaran muzik2.. huahuahuah...


bila tgk betul2.. ya Allah, bila la si Abam dpt kejar di Damia ni.. harap2 lepas akil baligh abam lebih tinggi ek... nama jer kembar..


Friday, 8 May 2009

Vaio Pink To Go!

Well..I have this Pink Vaio Lappy..

I bought it last Dec 2007 for RM4,999. Due to some personal reasons, I have to let it go. No worries, the lappy doesnt have any technical problem at all, I barely used it as I always paw hubby nyer lappy ngeh ngeh ngeh....anyone interested?


At A Glance

Processor-Core 2 Duo
Processor speed- 2GHz
Centrino-Yes
Amt of RAM-1024 MB (max 2048 MB)
Hard drive-120 GB
Optical drive-DVD writer
Graphics hardware Intel-GMA X3100
Diagonal screen size-14.1 inch
Operating system -Win Vista Home Basic
Weight w/battery-2.5kg
Wireless LAN-802.11a, 802.11b, 802.11g
Webcam-Yes
Luxury Pink-my favourite.. :)

p/s: further details u can contact me...

The piccass..






For the current retail price, you can refer the following website1,website2 (I couldnt find it in Malay website, dunno why), exactly with the same spec.

If interested, do let me know..


tochehhh....



Terbakar

Cakap pasal api.. terbakar.. mmg la sangat tidak seronok. Selama dok UK ni, selalu jugak ejek fireman bila keta dorang dok mengganggu lalulintas... hehhehe.. terukkan? sekali ..bila jadi depan mata... beberapa meter jer jarak daripada rumah, barulah jiwa kacau, panik tak tentu hala.

Peristiwa ni jadi tengah malam tadi, around 2-3am. Tiba2 jer hubby yang tgh stay-up late kalut2 tukar pakai jeans.

"Apsal yang?" tgh terpisat2 sebab dah mmg terlelap dengan Adam
"Ada 3 bijik kereta bomba dah sampai depan rumah"
"Hah.. ada rumah terbakar ke?"
"Itu yang nak siap2 ni, nak usha2.. kot2 kene kosongkan block ke ape"

Maka, sambil kepanikan suam2 kuku... setelah bersiap ala-kadar, kitorang get ready untuk ambil tindakan (ceyyyy... hebat tak, mcm SWAT jer kan?). So, inilah pandangan kawasan depan rumah semalam... pandangan ni dr bilik tidur kitorang, kira opposite la dengan rumah terbakar tu. Sekali tgk mcm tak de pape, tgk punya tgk rupanya memang ada rumah yang terbakar.. nampak??

At 2am

































Nampak tak rumah terbakar yang aku conteng tu? Sib baik rumah tengah, so kelajuan angin takde memberi kesan sangat dekat api2 tu. Rumah2 kiri dan kanan semua dah kene arah keluar, takut api merebak. Horror jugak aku pikirkan nak heret budak2 tu tgh malam2 buta bila tgk api kuning fresh kat dlm bilik tu. My hubby dok panik nak wat lari keta dia.. hahaha

Satu bende yang aku kagum, how they handle the situation.. dorang takdelah panik2 jirus jer air kat tempat terbakar tu (selama ni aku dok assume gituh) . Apa yang aku paham, dorang tembak tingkap bilik yang terbakar dengan gas yang buleh kurangkan api jadi makin marak tu dulu. So, cool jugak la action dorang. Tapi getah2 air dah ready dah semua. Episyen jugak la pakcik2 bomba tu.

Semua jiran2 aku dah sorong baby masing2 keluar. Aku pun dah prepare satu bag dengan document2 penting in case nak kene belah, dah ready nak kejut anak2. Tapi bila fireman tu tak ketuk pun main door kitorang kat bawah, so kitorang assumed keadaan dah terkawal. Kitowangnyer apartment ni bentuk square, kalo api merebak and tak terkawal, maunya the whole block hangus. Dah la angin tgh malam tadi laju jugak.

At 3am

Mangsa rumah dah pun disumbat dalam ambulan, keadaan pun nampak dah ok. Jiran2 pun dah diarah masuk balik rumah masing.. aku jer terkebil2 terbayang-bayang takut ada yang rentung jer kat dalam bilik tu. Isk... nauzubillaahhhh...

















Bila dah nampak jelaga jer kat bilik terbakar tu, fireman dah mula panjat block kiri dan kanan, inspection la kot kan? Lepas kejadian aku dah susah nak tidur balik.. mcm2 pikir. Teringat time nak packing important dokumen tadi.. errr.. ini in case sempat nak packing la kan.... erhmmm... susah juga, mana nak selamatkan dulu... panik, tatau mana nak sebat dulu. iphone? lappy? sijil2 surat banak anak2, passport? baju? kalo ada handbag Gucci aku? owwhhhh... panik!!

Lepas ni mmg kene pack betul2 in case for emergency. Sebelum ni mmg dah asingkan dalam bag khas untuk important documents. Cuma, lately banyak dok bukak tutup bag tu untuk refer2 segala.. so merata jugak la mende2 tu. Lessons learned?

1. Keep your important stuff ready and prepared allllllll the time.
2. Jangan tido seksi2.. or pakailah vouge2 untuk tidor, nt kalu ada emergency tgh malam2 buta, mamai nak pakai pilih2 baju untuk melarikan diri heheheh
3. Jangan suka ejek bomba :P
4. Makan dinner kenyang2 just in case nak kene lari or terjun tingkap nak selamatkan diri..

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan....


My Personality??


Sajer2 nak wat personaliti test, tgk kat blog Sheri.. hasilnya adalah....


Your personality type:

Practical, traditional and organized. Likely to be athletic. Not interested in theory or abstraction unless they see the practical application. Have clear visions of the way things should be. Loyal and hard-working. Like to be in charge. Exceptionally capable in organizing and running activities. 'Good citizens' who value security and peaceful living.


Careers that could fit you include:

Military, business administrators, managers, police/detective work, judges, financial officers, teachers, sales representatives, government workers, insurance agents, underwriters, nursing administrators, trade and technical teachers.


hehehhehe..... btoi ka kene ngan aku??




Wednesday, 6 May 2009

Derma

ngeh ngeh ngeh...

hari ni banyak masa! so nak update wishlist 2009.. kan ke dah nak sampai tgh tangun, mesti la kene report progress!!

mari kite tgk yeh..

























ini memang akan senantiasa dlm carta, paling hatas... ngeeeeeeeeeeee... sbab tatau bila tahun dpt beli.. huhuhu.. takpa, untuk inspirasi ok? ke ada sapa2 nak kasik hadiah mother's day? sila-sila, jangan malu.. :)

Tiba-tiba ada LV yang menarek perhatian... mcm ok jugak la design dia.. jadi nappy bag.. hauhauhau... sila muntah sekarang!! okeh, esok mak akan mula mesin cop duit, ada sapa2 nak sikit?

























Ini plak, stroller idaman yang mampu and masuk akal nak beli.. nama dia Mutsy Spider.. haii Adam, bila la nak rosak stroller lama neh.. ape yg best ek? best sebab kalu fold stroller ni size dia besar sikit jer dari kotak tisu yer puan2.. ke ada yang nak beli stroller lama Adam? hehehhe...



























And... mengenai alat mudah alih.. sekarang pakai yang ni...










mcm nak amek apple plak rasanya, sbb umah skang tadak internet!!! tapi contract ngan O2 tu lama lagi la plak nak abihhh.. iskk....


























okay... now sila berterus-terang, sapa nak kasik hadiah2 berikut untuk mak??

Maka... dengan segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih!! tochehhhh....