Thursday, 25 June 2009

Snipper

hrmm..

lama tak update blog... tak sempat, so bz with other things.
Bz with the kids lagik. Bz makan2...
Alhamdulillah, everything turn out as plans
at least betterlah, drpd semuanya tak jadik langsung

Today jugak my hubby sampai (a big yeay for me)


really miss him... huuhuhuhu
mcm mana la agaknya those yang sememang-memangnya
distance couple... susah juga yer..
nak buat apa-apa pun.. dah terbiase buat berdua
(sila muntah sekarang!) hehehhe..
mudah-mudahan, tabah la mereka, amin..

to Dr.Joker.. millions of appreciation





bagi tumpang hubby dok sekejap
Dr.Joker ni sangat baik juga ada BMW Z4! :)
one of Malaysian yang kerje dekat Addenbrookes's Hospital
Medical Dr...life?? bayang seniri lah kalu dah Dr tu..
but.. seriously, he is the person yang kita akan enjoy to be with,kan daddy?
pastu hubby plak.. wawawawahhh
sakan berjalan-jalan yer... maklumla lepak ngan org 'single'
cissss.... (nak ikut la sama)
err.. terlanjur ku beritahu dia single, anyone??



hhehehhehehehe...

well...

hidup lebih tenang dan aman sekarang
alhamdulillah... at least so far, am so happy :)
tapi.. nak tulis semua yang berlaku dalam blog
hehhehe... tak le pandai bebenor nak ngarang
takut plak, ada yang salah interprate plak
manusia ni macam2.. :)
yang pasti.. this is really BIG STEP for me
hopefully, this is the best solution
or at least, something that I want for me and my family
doakan lah semuanya berjalan lancar
yang pasti 'breach' akan tetap breach

yippiii.....hoyehhhhhh...

after this..
so many 'to do' list...

nanti kita hupdate okay...

Saturday, 13 June 2009

Berangkat

Ku berangkat lagi
Satu daerah yang bakal memberi ketenangan terindah :).....

hoyehhh!!!

Thursday, 11 June 2009

Cheap Ticket of Mine!!

Ok..

tiket murah punya cerita.
so, when MAS ada offer cheap tiket,
maka dengan penuh episyennya akan cuba booking..
booking dengan credit card orang lain la tapi..
rs nyesal aku dok kepoh2 kat owang..
bangga la kan? dpt book tiket murah nak balik kampung
maka, aku pun berbanggalah dengan pencapaian aku
mem'booking' dengan cc hubby aku... hehehhe..
namun.. kegembiraan aku hanya bersifat sementara...
sudahnya aku jugak yang bengkek tahap surabaya!
read: heathrow akan ada time2 dia jadi sangat kambing!!

Issue2 nya, mungkin pada org lain leh jer pejam mata jer..
tp aku mcm berbulu jugak la dengan rentetan peristiwa tu.
Apa-apapun bersyukur sbb selamat sampai
tak jd arwah dugong kat mana2 lautan


so, kol 7.45pm, smp heathrow utk check-in
read: smp awal okayyyyyyyyy
aku std check-in tak pernah sekejap
record paling cepat, 34minutes
bawak sekapal al-maklumlah
apabila maza tgh parking keta lagi
aku dah tergedik2 nak check-in
konon2 nak la setel cepat, dpt amek seat2 best...
since aku dah book online tu
dapat compartment bakang
mana best!! haruslah dekat dengan pilot
heheheh... tolong2 apa yang patut kan? hehehe
bende2 yang mmg aku rasa yang detik malang aku telah bermula ialah


pertama
kisah dkt kaunter check-in aku... teng teng tenggggg
dia yang in-charge di situ adalah sgt ayam dan kurang asam
since aku dah belasah kad laki aku, dia kecoh nak tgk cc tu
mmg ada dekat T & C dia, kene ada proof of cc
or just validate that ticket dekat ticketing office..
so, dia nak aku validate lagi sekali
padahal..aku dah inform hubby aku dah validate dah
sebelum tu dgn ticketing office..
takkkkk... nak kene jugaaaakkkk validate...
maza plak tak sampai lagi
so dengan muka macam tempe
terhegeh2 aku ke ticketing office.. nak validate!
padahal nak tgk gamba cc tu jer.. wak eleee..
cam hape jer nak suh aku ulang alek
yang jaga counter aku check in rasanya Pollish kot
dosa tambahan: tak lawa dan serebeh

kedua

pastu, tang visa si jawa tu.. unexpected.. sangkut la plak
kan dia hold as a domestic worker di UK
si polish yg ayam tu nak tgk pulak return ticket si jawa
sblm ni, time aku balik pantang ritu
aku siap mintak kat Malaysia High Commision London
for her visitor pass nak masuk mesya kan..
dorang selamba jer kata tak perlu pun visa sementara tu
max stay 1 month.. but
since kitorang terlebih akur and dah pun buat application..
maka bibik dptla temporary pass tuh dr M'sia High Comm
bila sampai KLIA pun dorang dok ckp lagi pasal mende tu
aku takyah mintak bla bla bla, kiranya mcm takde issue la nak masuk mesya sat
maka this trip aku tak buat apa2 pun la..
and si Pollish tu ty mcm2.. mcm aku beli tiket jawa guna duit gaji dia
pastu sudahnya aku kata aku dah terminate dia, htr balik Jawa via Mesya
buat apa aku nak buang duit bagi dia balik UK lagi?
is it too hard to understand? hiiiiiiiii...
dia tak puah hati jugak.. dia nak call High Commission jugak -
aku kata go ahead!! at last, best gila bila dpt tgk muka dia
penuh terpaksa nak kasitau aku "it's okay, that's fine" !!!
rasa nak joget zapin jap.. sapa2 bule ajar aku?
anyway.. alhamdulillah la takde apa2..
cuak jugak aku benarnya

ketiga
disebabkan lias dengan si ayam dr Polland tadi lama gila
aku lambat gila sampai dekat departures gate
pastu nak best lagi, jumpa lagi sekali la plak dekat departure hall..
terlebih-lebih plak peramahnya..
aku? mcm nak kasik tumbukan gaban jer
(nihla Melayu, org buat baik salah,org buat tak baik lagiiiiii lah salahnya)
hehehhe.. dia kenekan aku lagi..
stroller kami tu kene lipat seniri
sebelum ni, pengalaman aku
semua cabin staff yang akan tolong lipat!


keempat
seat number aku plak......
paling belakang compartmentnya
(compartment belakang adalah sgt kuat effectnya kalao weather tak elok)
aku amat tidak gemar
kiranya aku antara org yang plg lambat sampai di tanahair..
sebab dok belakang... :P
pahtu plak
semua pramugari2 adalah kurang indah OK
mahaf yer, beauty is in the eyes of beholder!!

tapi alhamdulillah mereka2 sgt membantu
sib baik ada yang senior2 and mcm sgt maklum la
utk mereka2 yang bawak anak2 selori ni
OK lagi disitu... yang tak Oknyer...

bila aku dpt seat sebelah mamat c*ina yang
1. belum apa2 dah bukak kasut and pasak dekat dinding
2. duduk mcm dia bayar seat tu utk 3 tempat
3. suka buang2 plastik2 cover headphone, blanket sepah2

aku dengan suka hati jer kutuk depan dia kat si jawa tuu
read: bukan pangai sebenar yer... heheh..
dengan harapan dia mamat taiwan ke jepun ke ..
tapi malang tidak berbau.. apabila dia berckp melayu dengan Damia!!
moral: jgn anggap semua yang berwajah sepet dan aneh adalah bukan warganegara


kelima
sebelum sampai KLIA
dorang kasik borang H1N1.. suruh isi...
pandemic outbreak,
oleh kerana aku adalah ketua rombongan,
maka dengan keadaan flight yang ngalahkan
naik kapal laut layaknya,
aku terpaksa mengisi 5 salinan borang
yang amat tidak practical itu
pening2 jugak la aku nak ulang cerita sama!
read: ruang utk address juga adalah sgt ciput
(nak ruang besar2, beli buku lejar..hahahah)
bila dah smp airport, pemandangan aku penuh2 dengan cik nurse2
siap ber'mask' segala, ingatkan nak kene kuarantin segala
yer lah semua pakai ala2 angkasawan..
kalo Dr Sheikh yg jaga.. hmm.. maybe lain viewnya kan?

keenam
samapai di imigresyen check..
ponnnn... di kala dan tika dan detik itu
lagi2 visa si jawa yang jadik issue..
aku dah fed-up beratur lama2, dr heathrow lagi
dah nak naik minyak..
sudahnya aku ty balik pegawai tu
kenapa saya balik last year, bende ni Ok jer
read: ty ala2 akulah menteri yang berkaitan!
dia kata "oo..itu tahun lepas, polisi kami dah tukar?"
berapa kali setahun dek korang dok buat kursus
nak tukar polisi??
mat2 hendon penyangak pembunuh perompak tu
bertimbun jer dekat KL nun!!
read: gema aku di dalam hati. author adalah sangat sopan OK!!


ketujuh
aku kene food poisoning for the first 6 hrs journey
terjelepek muntah dalam toilet flight yang kecik muat2 aku jer tu
nasib baik leher jinjang.. err.. relevant tak?


kelapan
sewaktu merentasi free duty high street
aku sempat tinjau2 coach dengan mata coklatku..
still lagi mahal..walaubagaimanapun...
coach secara lifenya adalah sangat sukar ammet dilupakan
namun, oleh kerana anak2 aku dok berlari lintang pukang...
maka mak tak sempat nak buat obervation details
melepas lah mak nak jamu mata...
at least buleh la mak nak cop2.. isk!!


kesembilan
bila dekat arrival hall, aku tgk ada FIL jer yang dtg tunggu..
aku pasti lah turutan mengikut keutamaan adalah
cucu-cucu... bagasi2... aku & bibik...
dan ramalan aku tepat sekalik... bila aku n jawa...
dua2 kene naik limousine KLIA (nama baru dia low cost limousine!)
helo?? kasik waja... lagi ko nak claim ko provide limousine
rege yer la ko ketuk rege limousine
huh.. nak jadi lemousine, pintu kete at least kene 6-8 pintu
barulah layak ko nak panggil limousine
nak label2 low cost la ape laaa...


kesepuluh
aku smp umah gombak
aku baru tahu ada major rennovation..
rumah mmg gila mcm kene pecah..
aku cam nak meraung menangis
nyesal tak amek connecting flight terus
ke negeri CikWanKembang ku...
uwaaaaaaaaaaaa...


sekian laporan cuaca hati aku!!

Monday, 8 June 2009

New Journey

Well..

Counting the day..
Just couldnt believe it..

Me..

Walking on in my new journey of life...
Only one thing that never change..
I hate myself for choosing this career at that place..

But

I do believe, everything happens for a reason..
and things will get better in time..


All in all...
I am thankful and praise to Allah for what had happens..
Maybe this is the right time to change everything..


Ada hikmahnya... iAllah~!

Thursday, 4 June 2009

Kekasih Awal & Akhir

hehhehe... geleman jugak la aku dengan title ngengadaku ini... takpe, yang nyampah takyah baca yer. Nak mengimbas kembali macam mana aku leh kenal dengan En.Maza.

Aku consider maza as "Kekasih Awal & Akhir" sebab, he's the only one yang aku terima secara rasmi. Kiranya aku "I do..' secara terang-terang, tak main la ala-ala paham2 sendiri (cth: tiba2 jer men'declare'kan diri sbg awek si polan dan si polan) or terlebih nak paham (cth:dengan tiba2 je ada orang perasan ngaku kita NAK jadi awek dia).


1996

Aku dapat masuk MRSM Jasin, kelas 4E. Satu kelas ada 2 homeroom, homeroom H and I. Sudah dinamakan jodoh, kami bukan shj satu kelas, tapi juga satu homeroom . Heh.. masa first time class briefing, aku ngan mummy antara yang sampai lambat, so berdiri jer lah dekat belakang kelas. Bila sampai tang soal-jawab, orang pertama yang mengangkat tangan ialah seorang yang duduk barisan paling depan, pakai vogue ya ampun, persis datin2.. (sorry yer mama!). Soalan beliau berbunyi begini....

"How come boy's dorm is so not convenient compare to girls dorm? Can I request to school admin to replace at least their cupboard? buruk sangat.."

yadaaaaa...

itulah komen pertama yang menjadikan mata aku and mummy melilau cari... "mak sapa tu??".. pastu gelak sama-sama... dosa pertama aku di bumi Jasin....

then, bila dah start belajar, barulah ku kenal.. budak yang anak mak itu adalah m.a.z.a huh.. orgnya suka ngusik jugak, pastu suka gelak... paling aku ingat, dia and sorang lagi kawan dia panggil aku "mek".. apa-apa laaa.. Tapi kitorang mmg rapat satu homeroom.. so time ni, mmg tak terfikir langsung aku dah jumpa jodoh aku. Lagipun dia adalah LDP okkayyy... aku plak stock2 yang selalu kene amek nama bila rowcall pagi, selalu kene denda sebab sidai ""baju kecik" dalam toilet.. pendek kata, dia orang kerajaan gila glamer la senang citer, pagi2 dok usung heller or tukang buat ucapan kalau ada assembly.... jurangnya sangat jauh ok! Lagipun, dia ex-budak Kuala Kelawang... aku?sebutir pasir yang henaaaa.... :P

Dia LDP..... aku Koopian (unsur2 shopaholic sudah ada, siap pilih persatuan yang melibatkan duit-duitan).Dia masuk Brass Band....... aku Taekwando!! Sangat tidak sama interest kami, berbeza kan??

Sampai form 5, ada plak desas-desus dia suka sorang minah LDP ni (pilih sekufu ok!), minah tu putih gila.. hahaha.. sorry ye yang.. ai bentang citer2 zaman jahiliyah you. Oleh kerana kitorang dah rapat as a best friend dari dulu lagi... so ejek mengejek mmg sejak dr dulu lagi. Apa gossip liar time tu confirm tahu satu homeroom....


1998

Aku dapat wat matrik kat Kolej MARA Seremban. Dapat offer buat accounting dekat Ireland, tapi parents aku tak kasi. Nak jadikan jodoh, jumpa lagi maza kat KMS, satu blok! Satu blok ada 2 kelas, time tu aku kelas E1,E2 and maza E3,E4. Huh.. mmg takde muka lain. Kelas petang mmg akan combine jadi satu kelas. Time matrik mmg takde life sangat.. mmg belaja je keje.. busan!

Kat sini, aku masuk silat... maza masuk persatuan medic!! hahahhaha... jadik presiden. Kelab ni tak silap aku ramai pompuan... hihihih...patu aku dengar dia kapel ngan salah sorang budak... punnnn putih nak mati! haihhhh... pastu budak tu wat medic kat UKM. Ngeh ngeh ngeh... kapel ngan budak medic.. nak dating pun terhad kan daddy?? Tapi mmg minah tu putih... inferior mak!!


1999

Kami sama2 masuk UKM Bangi. Dia di engineering, aku kat S&T. Dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. hehhehe.. dia dengan dunia gila glamer dia, aku ngan Ajan, Farie, coursemate2 dan sekutu2 aku....

Dia dah pakai perdana... aku? aku dok lanyak bus SUM merah yang nak runtuh tu kalu nak ponteng kelas ke mana2... owhhh... antara 2 darjat...Dia pegang jawatan bagai... aku plak tergolong dari kalangan yang tolong hadir meriahkan majlis2 kolej untuk mencari2 calon yg sesuai menengok2 apa-apa event.. :P... aku adalah orang biasa...

pahtu aku tahu die dah clash... aku pun time tu.. ada la pasang surut dia kan.. tapi, tak best la citer aku utk nak bentang kat sini..huhuhu... lagipun, aku dok bayang masuk U akan kene ngorat ngan abang2 senior.. huh... itu dalam novel jer. Mula la nyesal masuk UKM, baik masuk UIA hahahahah.... (daddy mesti buat muka ni!). Nasib la ye dapat wifey mulut besar... wakakakak


2002

Aku buat open house raya dekat asrama aku, umah kat Taman Tenaga. Ermmm.. kat sinilah kot kami start in-touch secara series. Then aku decide nak sambung Msc. Pahtu kitorang makin rapat. Sampailah satu hari tu, dia tanya aku nak kapel ngan dia ke tidak....then, aku seniri konpiusss.. sama ada aku selesa dengan dia ni as a friend or even more than that.. kan kitorang start as bestfriend.. so agak susah aku nak define akunyer feeling...

At last, aku kata.. "we just give it a try".. lagipun mmg haram takde yang nak ngorat aku dulu2... hehehhe... dah comot.. mana nak adanya... under radar bak kata orang putih!


2004
kawen.... yeay!!


Kini...

Alhamdulillah... percubaan aku berjaya. Ada juga gaduh2 bergusti.. tp adatla kan. Yang pasti, aku enjoy dari awal berkawan sampai lah ke kapel and kawen beranak pinak. Memang we have had a wonderful time together. Dari awal lagi mmg takde nak control2.. dia mmg dah kenal aku dari aku belum baligh form 4, kenal aku dalam keadaan sememeh segala. Alhamdulillah dia menerima aku seadanya. Recipe kami... berterus-teranglah dalam apa juga keadaan.. it does help... utk aku n maza la kan...

Mudah-mudahan, berkat doa kawan2 juga... Allah akan terus melindungi perhubungan kami dan memberkatinya dengan anak2 yang soleh-solehah.... thank to your all wishes to my anniversary...


Tochehh...

** aku dah ada nama utk baby girl neh... hehehhehehehe