Friday, 31 July 2009

Kasa ku

iAllah kerja2 renovation akan mula next week. gila penat rupanya nak repair rumah ni. Aku harap tenant2 tu cepat2 la nak blah since up to now, we allow them to stay untill the end of this month.

Apalagi kalau nakkan yang cantek and murah harga berpatutan.. huhhuh... mmg agak separuh hati la kalo terpaksa pilih yang kurang indah di mata dan mengikut kemampuan. Taste aku ni tak dengar kata sikit! After scout around in about 2 weeks (penat nak mati), we finally shortlisted a few suppliers.

So, next week (1st week) maybe they will start on:

1. Plumping - refurbishment for the whole whouse, ganti water tank and casing. Create an awning for that water storage, redo the platform la basically.

2. Major rennovation for master bedroom's toilet. Change the wall tiles, flooring, remove the bath tab and replace with toilet screen. Piping pun rasanya kene tukar. Kalo kdaan mengizinkan, toilet bawah pun nak refurbish.. adeh la... pintu pun kene cat, mcm2 jenis cakar ada!!

3. Laminate the whole set of windows and also any glass opening. Pintu sliding door pun buleh pecah. Kena ganti. Macam mana dorang buat pun aku tatau. hisk...

4. few grill''s frame kene tukar. also wanna put awning for the kitchen extension

If everythings is in order, will pay deposit for the plaster ceiling and kitchen cabinet next week, so that the reno work can be done the week after... fuhh... hopefully cepatla siap, takde yang pending2.. nak masuk before puase oii... nak cepat2 settle down, nak wat report lagi neh.. till then


tata...

Wednesday, 29 July 2009

Disasters

Kali ni nak citer about my Putrajaya house.

Yes, as my hubby always said.. "btol ke nak dok Ptrjy neh?kang reno2 kang nak dok tempat lain plak"..... panggggggggggggg... skali kang!

Itu dulu, ala.. reno pun takat tambah kitchen cabinet. Bukan major pun. okay la okay la... thank you very much. Karang kata tak bersyukur plak, maklumlah menantu BTA..hehehhe.. selain kitchen cabinet, rumah tu still banyak nak kene repair, rumah PEREMBA, tahu jer la mutu kerjanya camana.. bocor sana-sini, tak kira finishing berkerak sana-sinun. At least, that was happened to my unit. Orang lain mungkin elok. Ai tatau. But than, okaylaa... umah orang bagi pree, dok jer la. Tapi peremba tetap bersalah!

Bukan itu my main constrain. Saya adalah BTA yang rasional. Pikir yang logik dan waras shj. Kalo rumah tu dah complete sekalipun, nak gi keje ke shah alam jauh Okkkkk... nak pulak time tu (end of 2005) baru dpt si jawa tu. Tatau pangai camna gaya lagi. Nak jenguk2 time tengahari pun (time tu breastfeed lagik) jauh bebenor. So, pindahlah. Bukan tak sayang rumah tu. Tutup case ye en.suami.... :)

Ni nak bukak case baru plak. Since kami dah pindah ke shah alam, maka setelah terbiar beberapa purnama, maka adalah tenant yang masuk. Kesalahan pertama kami adalah mengambil mudah soal2 agreement, konon nak cincai boncai la kan. Masuk plak si anak2 dara, dengan harapan akan jaga lah umah tu for at least, mcm dia jaga tempat dia balik rehat setelah penat bekerja dan part of it, tempat dia menunaikan suruhanNya. At least, jagalah kebersihan, ingat ruang tamu jer ke kene bersih.. tolet?? itu bukan penting ke.. warghhhh...Kesalahan kedua kami plak, setiap kali dorang report bocor, kami mengharapkan dorang utk repair and then, tolak jer dari monthly rental.

Dalam situasi sirna ineh, pastilah mereka akan mencari plumber2 yang akan mudahkan keje mereka dan juga cost yang paling sikit. No receipt, no invoice and yet, kami dikhabarkan potongan sekian-kian ratus... hrmmmm... dah makin jelas dah kebuduhan kami.Tapi, kami tak serik.. dengan selambanya membiarkan kdaan itu dragggg. Nak best lagi, hubby tak pernah check pun monthly rental yang dorang bayar sama ada cukup ke tak cukup. Sempoi la konon. Teruskan contact2 melalui sms shj. Sampaila ada one time one of the sms dapat kat CikPuanTemenggung... err.. ai bukak la bila nampak sms tu dari tenant tu kan, sajer... caring la katakan... (bukan tak amanah taw) hnss...hnsss.. sms berbunyi begini

"Ën.Mohd, iAllah bulan ni dah dpt bayar penuh, dah dpt tenant baru dah"

and I was like? WHAT??? so, selama ni dia bayar mcm mana.... yada yada yada... dengan penuh berkarismalah pendek kata, ai yang jadik cik mohd dan tolong balas sms2 keramat itu. Mungkin dia pun agak heran dengan sms bertubi2 ala2 kene serang, which is sooooo not En.Mohd.. :P,. Lastly, mak berjaya mengupas kejadian itu dan alhamdulillah dapat balik ganti ruginya sekali. heh.. ingat apa? aku bagi ko sewa bilik? suka hati nko je nak byr berapa2.. haaa... ni wife en.mohd yang dah in-charge okkkkk. Bengang okk, dah la jauh nak handle segala. Siap nak warning2 plak, "biarlah kami keluar dan carik rumah lain.." eh, dia ingat aku kesah ke? dah la bukan rumah nama aku hehehehe. Pahtu tahu plak nyesal....


So, oleh kerana Tuhan Maha Adil.. dan sebagai makhluk yang beriman (eceh).... maka kami menerima balasan cash untuk kesalahan2 yang disebutkan di atas tadi. Setelah balik Mesya dan berhasrat nak repair rumah tu, saya terus bertemu empat mata dengan rumah putrajaya itu. Nyatalah telahan saya tepat. Mcm nak pengsan dan fenin kapla bila dah masuk rumah tu. Terus rasa mcm nak jadi anak2 Tan Sri mana2... Mana nak carik ongkos kalo nak repair rumah yang amat rosak seteruk ittew?

So, inilah vandalism2 yang berlaku setelah di listkan..

1. tempat tangki rumah, peremba dengan buduh bijaknya designkan agar memerangkap air. So, kalo time hujan lebat, kumpul air. Then, agaknya bancuh simen pun salah kira formula.. dinding2 semua retak. Air masuk rumah tu jangan citer la, mmg segenap ruang! Tangki rumah tu itself pun, airnya tu.. addoi la..... haih.. aku heran dorang buleh survive lagi hidup makan mandi kat rumah tu. horror ok?! Tu lah, panggil lagi technician opis ko, kawan2 kan.. kenal.. so repair pun murah. Lenkali, panggil la yang professional.... itu pun nak kene ajar ke. Bukan dorang yang bayar pun.

2. Bila dah bocor, syiling rumah, tak kiralah tingkat atas ke bawah ke.. kalah peta mesya kesan2 air bocor. kulat mulat pun berkerak2. so, warna dinding asal umah aku pun tak nampak dah. Blum kira dorang dok kumpul sarang labah2 lagik. huh... mmg susah nak buat bini kalu cenggini. masak! Yang pasti, utk cover balik, kene cat balik the whole house or plaster ceiling or jual jer balik and beli rumah baru.

3. Kitchen cabinet aku, yakni yang hubby aku dok kecoh2 tu hadiah melahirkan kembar tu.. dah runtuh. Mak ulang, dalam bahasa yang lebih jelas, dah ranap... rabak!! Ini maunya kene dismantled semua and seghupa lah buat jer baru semuaaaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaaaaa... baru ingat nak angkat Guccisima

4. plug2 point, few water taps.. haram dah tak berfungsi.

5. lantai atas tu, mmg dah terkopek2... bhg yang depan pintu bilik air, hrmph.. jgn cerita la

yang aku herannya, dorang buleh plak dok rumah yang dah rosak sana-sini tu?? Kalo aku, dah lama aku cabut, tak sakit mata ke? adeh la... so, now ckp banyak pun tak guna.. repair jer lah. Ada sapa2 yang nak kasi duit gaji dorang kat ai? bank draft ke travel cheque ke.. semua ai terima.... hehehhehe

tochehh...





Tuesday, 28 July 2009

BUnga Rose vs Bunga T**k Ayam (BTA)

hah.. mana satu nak?

Hurmmm... lama tak hupdate.. sbb?

1. Saya mengalami gangguan emosi yang agak dalam
2. Agak penuh aktiviti and tugasan harian (as if).

hehehhehe....

Apa-apapun. Alhamdulillah, I feel better. Mungkin one of the reason, I manage to talk/mendengar /dapat email from my close friends.. thank you.

Yes.. saya sangat terluka. I can describe myself is kind of easy to forgive (cepatla sejuk kiranya).. but I cant easily forget. Dem. Aihh.. teruk kan? Susah.. apalagi kalu that things sudah lama terkumpul, lagi berat jadinya. But sometimes, in life there are few things yang kita memang kene adapt to it. Telan jer la. Sakit pun, tahan jer la. Nyampah pun, pejam jer la mata. Lagi2 kalo it is involved with perangai warga emas.. hehehhe... nasib la, sesapa yang faham siapakah wargaemas yang saya maksudkan, meh sama2 kita tambah saham ngehegehegeh...

Well, niat saya buat entry ini, bukanlah dengan niat membuka mana2 keaiban. Nak kata nak luahkan semua perasaan pun tak jugak. Yer la, time yang ai betol2 hot.. huh, mmg tak tertulis rasanya. Takleh nak gambarkan dengan kata2 pun perasaan tu. Dah reda sikit baru ada mood nak share dekat blog. Itupun dengan niat, berkongsi pengalaman, sama2 lah jadikan teladan.. agar di masa akan datang kejadian yang sama takkan berulang. Apakebenda topic yang saya dok tabur neh... haaa...

Tidak semua yang bernasib baik dan mempunyai hubungan rapat dengan MIL mereka. Yer lah, tjawab lelaki terhadap parents mereka tidak berakhir wpun mereka berkahwin. Yang pasti, menantu perempuanlah yang selalunya kena beralah. Hahahaha ... cakap mmg senang. Apalagi kalau mendapat MIL yang tidak menerima kita sepenuhnya. But, berpegang kepada nasihat from one of my best buddy, kita pompuan yang dah jadi anak hantu menantu ni bolehlah diibaratkan sebagai bunga. Akan ada 2 jenis bunga. Bunga rose or bunga ta*hi ayam (BTA). Kalau berada di kategori bunga rose, namanya pun dah cantekkk, baunya pulak dari jauh lagi dah buleh bau best. Letak la dekat penjuru mana sekalipun, bunga tu akan kelihatan indah, mempersona. Sebab? Dia adalah bunga rose... Kalau kategori BTA, dari jauh lagi, kalau dah berbau, dah buleh teka bau bunga apa. Baunya plak, mestilah kurang enak. Pahtu plak, dengar nama je orang dah kata tak cantek, biarlah pada dasarnya bunga ta*hi ayam juga cantek structurenya. Tapi, since you’re BTA....

Macam tuh lah umapamanya untuk sesetengah kaum anak menantu.. Kalu dah kategori BTA tu, buatlah apapun, yang buruk juga akan kelihatan.....

So?????

Banyakkan bersabar.... bila dah tahu kita adalah kategori bunga “apa”.. pandai2 lah nak bawak diri... macam mana? Kalu rasa2 kite tu golongan BTA, jauh2kanlah diri dengan mereka. Pindah jauh2. Jumpa jarang2... ckp pun jarang2.. haaa... mungkin better la kot. Tapi jgn sampai lupa tjawab kat mereka plak.

Itulah yang saya cuba buat sekarang......... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... wish me luck. Sob..sob.. halangan saya skrg adalah.. saya takde rumah... rumah Putrajaya ada tenant, nak reno pun akan amek masa... hopefully siap sebelum posa. In the mean time, nak beli rumah, kalo jumpa yang bersesuaian. Tapi, ckp mmg la senang... nak handle semua2 tu... amek masa... uwaaaaaaa...

Oleh kerana nak ‘jauhkan diri’, I start with cepat2 keluar kalo weekend. Hehehehhe.... last week saya pegi Sunway Lagoon anak beranak... happy... besh! Meh nak tepek skeet gamba2 kami... tapi Damia kene sunburn terukkk... shian dia.



Huh.. jadi photographer mmg seket jer gamba.. mmg tak pueh hati mak!
















Time ni dah nak balik, singgah Tony Romas kasi itu perut kenyang....

Muka2 kene bakar... mak dia mana? kali ni mommy dia masuk kedaaaaiiii.. tgkla lepas ni mommy posing!


My lil cheeky Dadam...



Lastly,

I’ve started my lab work. Ulang-alik jauh nak mati, drive sorang2 uhuhuh.. with the current trends of Malaysian driving style.. pergh, mmg la turn me to someone yang kerap bercakap sorang2, maki hamun sorang2 dalam kete..hahahah... bukan sapa pun yang dengar.. So, nak cepat2 siap keje, nak cepat2 gi UK balik... nak abihkan PhD neh cepat2... ushkkk...

Till then, doakanlah agar my emotional imbalance akan cepat2 stable. Tak sabar nak pindah rumah area2 Bangi... tata



Sunday, 19 July 2009

Hari ini..

Saat ini..
Tika dan detik ini..
Saya nak isytiharkan..


Saya sangat terluka

Tuesday, 14 July 2009

Tiga

Ada tiga perkara yang saya paling bosan malas nak fikir, tapi saya tak boleh nak elakkan.


1. Dia

Setelah mendapat tentangan hebat daripada PIL orang2 di sekeliling, dia yang bernama Jáwa atau lebih dikenali dengan nama samaran "J" tidak boleh di terminate, namun akan ada perpindahan hak milik.

Dengan segala hormatnya saya mempersilakan ibu mertua saya yang dikasih... (ohh... ibu...). Saya harap peninggalan saya pada kali ini dapat memberi nafas baru kepada "Bukan Bibik Sebenar"... or formerly known as J..


2. Habitat

Saya belum dapat habitat yang sesuai.. banyak faktor yang kene consider.. haihh... fenin sekejap. Takpe, saya percaya ianya akan selesai nanti. Nanti jemput datang rumah ai.. sapa2 yang akan pulang la yea..


3. Kenduri

Saya sudah mula lab... tapi ada baaaaaaaaaanyak plak distractionnya... huwaaaaaaaaaaaa... saya tanak pergi... camaner nak buat eak? Takde baju vouge..


huk..huk.. TAK BEST sungguh perasaan ni...

Saturday, 11 July 2009

Another Topics

Harga Varang

Memang tang ni agak terasa la perbezaan total expenditure (bukan rege minyak dah turun ke?). Nak-nak utk mereka yang gaji tak berapa banyak macam saya. tapi tak sedar2 diri nak shopping. Contohnye, yg paling perasan sekali is susu pedisure.

RM46.50 - RM57.65/RM60 (depends kat mana beli Cold storage, Jusco ke..)

haihhh... kalo bawak RM10 mmg tak banyak la buleh beli skang. Makan breakfast kat kedai, kalu utk 2 orang mestilah around RM20. Nak masak seniri, kene la ada time yang makan luar kan? weekend2 ke... So, now fruit juice, as far as I can remember... it was RM3 two years ago... now? the standard price is around RM5-6. lallalallalalla... mahal sehhhh


Malaysian Attitude

Hrm.. bukan nak ckp apa. Seniri mau ingat. Diri sendiri pun lahir dan besar di sini. Cuma, agak kagum dengan bangsa lain dalam aspek ini. Rasanya, in my opinion, most of British people buleh dipuji attitude mereka. Contohnya

Kalau queue nak masuk toilet. Kalo ada 9 bilik toilet sekalipun, line queue hanya akan ada satu. So, mana2 available toilet akan dianugerahkan kepada mereka yang paling awal sampai di situ. Tidaklah nanti setiap pintu toilet akan ada penunggu yang terconggok, ala-ala penunggu pun ada. Kebersihan toilet?? hah.. itu tak payah citer.. nak best lagi, pergilah toilet di Ke*lantan :). Ngomong yang bennar sihhh.

Pasal insan2 yang kerjanya melibatkan customer service... haaaa.... dia lupa agaknya dia dibayar untuk melayan kerenah manusia. Hihihi.. mmglah kesian, sbb kerenah orang ni maaaaacammm2, sebab tu maxis ada bagi elaun kene maki kat pekerja dia. Tapi, yang heran tu, kadang2 belum mula apa-apa urusan lagi, dah macam customer yang salah. Contohnya, kalu nak carik2 barang... then kalu customer ty banyak (aku mmg suka byk ty kalo perlu)... and yet dia tak banyakkk tahu tentang bende tu... mesti dia mcm sakit hati.. sbb ada keje lebih yang dia kene buat, kene rujuk orang lain ke, kene cari2 ke...

heloo... dah itu keje awak... public relation mmg out laaah, mimik muka... huuu... tp, ada segelintir yang mmg buat keje betol2... tak semua yang gitu, kebanyakannya la..

kadang2 nampak sangat nak jimat cost, nak untung lebih (std la kan, semua org nak macam tu)... tanpa memikirkan quality2 jangka masa panjang... cu tgk bangunan2 baru skang.. tak sampai setahun siap.. dah nampak rekah... horrorrr... (tapi kalu dah ditakdirkan mati, mati jugak kat mana2 pun...). Point saya, buatlah keje dengan amanah... keje kan ibadah.. hah, bancuh lah simen betol2.. jgn tukar2 formulation sebab nak murah :P..

oowh.. lagi satu, is about parking lots. Kat Damansara, parking bawah bangunan.. harga mmg dah cekik darah. parking bawah bangunan tu ada la 3-4 levels. Yang herannya, keje yang amat mudah yakni letak signage "The first 2 levels, all reserved, visitors direct to level 3"... so takdelah visitor kene bazir masa pusing2 nak carik parking dekat level 1-2. nak2 kalu 'visitor'yg mmg suka parking depan pintu... ahhahahah... padan muka visitor tu iaitu saya!. Cadangan saya, letaklah notice ke apa ke.. permudahkanlah keje mereka2 yang suka komen ni :), banyak pahala...


Kisah anak Soltan

ini kene sambung len kali.. nak kene siap2.. nak keluar carik rumah!


tata.......

Friday, 10 July 2009

Adoiiii laaa...

ini pengalaman saya...

sbb tu citer kat blog saya.. orang lain mungkin bernasib lebih baik atau pun kesabaran mereka amat tinggi dengan keadaan sekeliling... :). Ini opinion saya taw...


ROad Bully

Aku rasa some of the Malaysian Drivers forgot the usage of signal, mmg suka hati mak nenek dia ingat orang tahu dia nak pegi mana... suka2 hati nak belok.. takpun, keta dorang takde signal, ada lampu belakang yang sekadar dummy

citer cut queue jgn cakap lahh... pantang ada ruang mesti nak nyelit, pedulik hapa kan? Lagi2 kalo dia pakai kereta buruk/lori/van/bus.. mesti lagi dia gasak.. sbb dia tahu, dia mesti tak kesah kete buruk dia calar OR, dia tahu other driver mesti sayang keta dia.. haihhhh


Sign board confusion for a new highway


aku rasa dorang mmg suka2 buat signboard yang confuse kan orang... pedulik hapa kan, kalo salah letak pun, bukan dia yang bayar toll, org tu lah padan muka sbb tak biasa ngn route2 dia. kadang2 termasuk exit2 yang dak diberitahu pun start of DUK*E highway ke LEKAS ke.. tahu2 dah termasuk ke highway and kene bayar RM3.. what next? make a u-turn and add another RM3.. see? how fantastic it is when you can easily spend your money on highway!

another example, I can see SUNWAY LAGOON 30km signboard EVERYWHERE in Semenyih.. what the? heloooo... lebih baik dia letak discription yang lebih berguna, contohnya... exit for KL-Sg Besi highway ke, MRR2 kaa... ingat, bila ada SUNWAY LAGOON signage, buleh la make up rege2 rumah??


Foreign People

hrmm... mmg bersepah2 la, nak bangsa apa? Ne*pal, Bang*la, Phili*phines.... ind*on jgn cakap la kan. Pergi la kedai apa pun, mesti dorang yang keje... drpd cleaner, sampai aaaa pekerja hotel (yg keje reception tahu.. bukan cleaner2 jer) ..mana pegi orang Malaysia yer.. dahtu dorang ni, ada jugak yang jenis mulut cam hape...

contoh, aku penah jatuh licin kat satu kedai roti canai (biasa la aku, kan gila glamer).... lantai agak licin sbb dia baru lepas mop. Mula2 Damia yang terjelepuk. Pastu, mak Damia pulak... buleh si In*don tu sound aku...

"seliparnya tu yang licccinnn, nggak bagus gayaknya, usah di pakai lagi"

hellloooooooooooo... buat keje seniri biyar elok buleh?

"selipar saya ni, bagus ke tak bagus ke, pasti lagi mahal dr sebulan gaji kamu, ngerti enggak!!"

tapi itu dalam hati aku jer laa.... mak kan berhemah orangnya. Balik rumah seminggu sakit lutut and bahu... isk!!



masih amuk lagi nih

topik seterusnya..

Harga Barang
Malaysian Attitude
Kisah anak soltan!

hehehhehe... sekian wassalam and tochehhh...

mak vanggaaaa...

hoyehhh...
dengan penuh rasa rendah diri nyer...
hehhehehe... mak nak vangga...
En SN ada upload gamba twins dalam his blog and flikrs...
walau hanya untuk sekeping dua, mak terharuuu...
tochehhh SN...

Thursday, 9 July 2009

Panassss

yea.. panas!!!
panas hati..

saya mmg panaassss..
mcm ni lah jadinyer kalo tidak sekufu
addoi laaaaaa...
mmg la memerlukan banyak kesabaran!

nak rumah sendiri... tolonngggg

Saturday, 4 July 2009

Happy Birthday.. Tokwan

Happy Birthday Tokwan..
Buat pertama kali..
Menyambut bersama semua cucu...



Yang tiup2 bukan lah tokwan.. tp semua cucu2 yang ada...
at least, I can see his happiness... real happiness!
moga2 panjang umur, dimurahkan rezeki...

Danial yang tak habis2 berkebit dengan tokwan...
tokwan pegi surau 5.45am
Danial dah bangun teman and hantar Tokwan dekat pintu
tokwan balik surau, Danial dah tercongok depan pintu
tokwan pegi beli breakfast
Danial mesti sebuk bertenggek dekat dalam raga motor
pendek kata tokwan adalah Danial punya..
Danial takmo share..

"Danial cucu sapa?"
"cucu tokwan...."

Bila balik KL....
"Danial cucu sapa?"
"Danial cucu Ayahtokkkkkk..."

citt... Danial mmg pandai main politikkkk





dan



mereka2 yang penting dalam hidup saya...

Amnisya... hehehhe...
Su mintak mahap sebab rosakkan frindge (betoil ka eja ni?) Amniesya..
Niat ciksu hanya nak pendekkan rambut amni jer..
sapa suruh tak dok diamm... kan dah tobek..
cik su rasa, salah gunting sekalik lahh


Haruslah interframe sekalik... hehehhehe..
untuk meka2 yang rindu kat mak...


tochehhhh.....

Friday, 3 July 2009

Appreciation

just wanna share pieces of my life with my fellow frens..

Thanks very much to those yang setia meninggalkan msg2.. :)
really appreciate it. Belum ada masa yang sesuai nak update..

Ermmm.. lagipun, not that comfortable to blog down every single details
as we dont even know who are the readers :)
nanti macam2 cerita akan di manipulate.. ahaks
so mak nak beringat nyahhh.. anyway...
thanks for dropping by and visit this page
(unintentionally or intentionally!)

almost 2 years living abroad.. I've learned a lots
to get used with the 'current' Malay cultures memang memerlukan masa..
but, dont get me wrong.. saya tak lupa asal usul yer~!
nanti ada masa aku nak bentang sikit2 mende2 yang
buat aku sakit jiwa tu... adehhh laaaa
(driving style obviously, rege barang yang mahal gila, and yet gaji tak naik2)

So!!!
hello world.... ni aku nak tepek gamba2 sikit.. apa-apapun...
akan ku himpun rindu2 ku utk outlets2.. will be there again,iAllah!


Ni muka kanak2 yang boring tunggu mommy pegi MPKB..hehehhe





Dadam wif Daddy, so happy during his first time went to Pasar Malam...
(makanan?...uhhhh... mcm2 adaaaa...)


To Ayahtok and granny... thank you for the lovely bedroom in Gombak...
(hrmm.. mak musykil!)


untuk Dadam mana? :p...

Takpa, Dadam nanti shopping dengan mommy jer la okehh...



Till then... tochehhhh.......


errr....... aku impress aar...
ramai gila orang pakai Coach kat Mesya?
Apsal aku tak mampu2 lagi nak beli neh??

To:
*eicha - ko riki2 la rege portsmeirion utk aku..ada yang best, jgn lupa sound!

*naza - haihhh... ape kess shopping Gucci without me? :)
*As - dalam utan? kat Mesya pun banyok utan neh.. meh la teroka hehehh
*idot - oitttt.... mcm mana nak contekkkk??
*Dila - Gombak ku rumahku .... hahahhaha