Wednesday, 12 August 2009

My Journey to meet Danial & Damia

Happy Birthday Danial & Damia.

Mommy just got this opportunity jot down this experience. Sebenarnya nak tulis cerita ni before 8th Aug ritu, tp tak sempat. BZ!!!

OK, let's start.

When I was confirmed pregnant, I went to Dr Hamid Arshad's clinic to start check-up with him. When it was 2 months old, he confirmed that I'm carrying twins. After that, my hubby and me terduduk sekejap kat luar clinic. Nak digest. Mcm tak percaya pun ada. Ye la, first experience and Tuhan dah bagi rezeki 2 org skalik. Time tu, fikiran lebih kepada.. alamak... buleh ke nak handle ni?? Apa-apapun, alhamdulillah... dari segi genetik, yep I have it on my side.

First three months, mmg mabuk tak hengatnya. Especially after confirmed having 2 fetus in my bump. Berganda2lah mengada-ngadanyer morning sicknessnya. Memang lembik mcm kain buruk. Horror. Every morning mmg confirm muntah hijau. Orang tumis2, goreng2.. mmg takleh bau langsung. Tapi suka makan ayam goreng kunyit. Mcm mana aku nak buat tu??? - kata hubby satu masa dulu. Nasib la kan... ihihihih

Alhamdulillah start 4 mths tu dah hilang semua2 tu. Yang ada hanyalah selera kendarah makan yang tak kenal masa. hahahahha... alasan? baby la yang lapar... tapi mak baby yang kembang terlebih.

Masuk 5 months- balik dari Holland, got a bleeding sign. Oleh kerana twins, terus kene warded. Pahtu, bermulalah era masuk keluar sepital mcm masuk keluar kat mall. Tapi, masuk keluar sepital lagi best sbb diusung dan juga ada driver and kenderaan rasmi iaitu ambulan. Cuma tang pasang2 sirent tu aku kurang bersetuju. Macam emergency sangat dah rsnya. So, aku masuk HUKM, keluar- sbb takde ventilator, masuk Pantai, keluar jugak - sbb aku boring gila dok ngadap muka nurse2 pagi petang siang malam. So, mintak ngan Dr nak balik dok rumah. Dr benarkan, tp dengan syarat kene dtg check-up, takleh naik turun tangga, takleh jalan banyak2, takleh shopping, takleh itu takleh ini. Takpe. Janji balik dok umah. Balik dok rumah jer, I can feel a constant contraction! Adeh la.... bila dah gitu, hubby terus hantar ke Putrajaya Hospital untuk aku meng'admit'kan diri. Sedar tak sedar dok keluar masuk sepital, akhirnya dah smp 7mths pregant.

Dekat Putrajaya, merasa jugak la aku keluar masuk labour room beberapa kali. Asyik false alarm jer first 2-3 days masuk tu. After that, NADA!! my pregnancy was stable and all I've got to do is bedrest. Boring OK. Orang lain masuk labour room pagi, keluar petang. paling2 lambat pun the next day. Aku?? Dr kata, as long as babies are OK, we keep it until 40weeks.. maksudnya aku kene jadi penunggu ward bersalin tu 7-8 minggu lagik. Perut makin lama makin berat. Apa aku nak buat oii.. nak ngadap AF pun takleh (buleh tak gitu?)... dah la musim mawi time tu.

So, setelah menghapal nama-nama misi dan dapat finding bahawa takde Dr ensem kat ward itu.. maka masanya telah tiba. On 8th Aug 2005, after having a routine check at 9am, suddenly nurse2 dok kalut2 and panggil specialist utk validate. Akhirnya aku diberitahu one of the baby's heart beat dah pun slow, so we need to keluarkan baby2. Maka bertanyalah aku kepada mereka...

"Dr nak operate ke?"
"Kita try normal dulu, kalu sangkut.. we operate.."

ehhh.. apa kes aku nak try sakit dua-dua. Seperti biase, aku haruslah memberi cadangan macam aku ni Dr jugak agar satu kaedah sajer dipilih. Buat apa aku nak sakit 2 jenis-jenisan kan? So, hasil daripada mulut 'pandai' aku, maka Dr kata, we do the operation at 2pm! Hambik.. mcm mana neh.. baru 7 bulan weh? prem baby kah? aiihh... operate pun takut jugak.... hubby aku siap pegi keje lagi. bukankah saat2 begini hubby perlu ada bersama? hehehhe.. so, aku takmo la panik sorang2 kan? haruslah aku mempanikkan hubby aku skalik. Panik wei, sbb mcm tak ready plak, padahal hari2 dok bebel bila la nak keluar baby2 ni.

So, at 7 months old pregnancy, I have c-section for my babies. Sebelum operation punya procedure mmg cam hape. Aku mmg nak banned jer sapa2 yang cipta catheter tu, sakit gila. Dapat pulak aku kat nurse yang muda belia, batch pun hijau lagi! Nak bising2 pun aku dah mcm lali2 sikit. The operation delayed and start at 4.30pm. During the operation, nak best lagi, aku mabuk plak ngan anaesthetic drug tu... muntah2 bagai dekat OT tu, sampai la dorang kasik ubat tido kot kat aku. Tu pun lepas aku shivering tak hengatnya.

At 6:02pm, I was told to look at my first baby, Danial. I still can remember his eyes yang terkelip2 looking at me before I kiss him. When Damia's turn, haku dah 50% hidup. Tapi nurse tu paksa jugak suruh kiss Damia. Cara Damia nangis terkawal la sikit berbanding Danial.. hehehe. Time dorang dikeluarkan daripada perut aku, bilik OT tu aku rs cam pasar, Dr2 and misi2 tu lebih excited, riuh rendah! Danial plak, dengan nyaringnya dah test pitching suara tanpa segan silu wpun dia hanya keluar with 1.65kg. Damia was 2.2kg that time.

Aku? lepas kiss Damia, dah collapse sampailah kol 3am. Sedar2kan diri,cont muntah lagi sampai tpt operation tu bleeding balik. Kene lekatkan balik. Esok pagi baru mampu mintak nak tgk babies... tu pun Damia jer. Danial jauh. huhhuu.. he was in NICU. Underweight kan. This time,all that I can say.. c-section sangatlah sakit OK. Dah la aku irritate gila dengan catheter tu, ya ampun.. tolonglah. Bila pagi2 jer, time otak aku dah berfungsi dengan baik wpun dalam kdaan masih terbaring, aku terus tekan bell tak renti2 nak suruh nurse cabut catheter tu. Nurse kata, takboleh cabut lagi. Macam mana awak nak buang air, unless awak dah boleh bangun. And you know what, I tried my best to sit down and walk away from my bed, wpun rasa sangat menyesal lepas tu. At least, they take out that catheter. Tinggal sakit operation jer la. That nurse dengan muka sedikit kesal, kene lah cabut kan? hehehhe.... tp, mmg sakit time bangun tu, aku jalan ke toilet pun rs cam nenek kebayan yang bongkok tiga.

At the same time, Cik Naza kita juga berada di hospital yang sama, giving birth to her first gorgeous boy.. Adib.. kan?

Danial stay at NICU for 2 weeks. Kusut jugak la time tu, mana nak breastfeed yang dekat rumah, bila nak bfeed yang dekat NICU. Berpantang lagi, makan bende2 yang tak sedap dan berkhasiat, perut tak surut2. :). So, my routine, I went to NICU 3 times a day to breastfeed Danial. Daripada jalan perlahan-lahan sampailah dah buleh melangkah laju.. hehehe.. attire? t-shirt n batik sarung jer. Time tu, dah tak fikir bende lain dah. Janji Danial cepat2 gain weight and join the family. Alhamudillah bila Danial dah keluar NICU, kami berangkat ke Kota Bharu utk upacara berpantang.

So, that is roughly my journey of having the twins. Happy 4th birthday my darling twins.. Danial and Damia.. mmmuah!!



2 comments:

Khairiyah aka Kerry said...

huwaaaaaaaaa
takot nyeee
sy yg kene potong pendek sebab apendics pown dh merana bagai, ape tah lg buat c-section.huhu
tp mesti akak lega kan,tgk depa membesar la ni..

Muslimah Perth said...

Happy Birthday dearest Danial and Damia (bangga sebab satu ketika dahulu pernah berada bersama2 menyelebrate birthday diorg yg pertama ;p

Take care