Saturday, 31 July 2010

Is this technique works?

kemas yang bersifat sementara..

ni cerita tudung awning, tak kirala apa jua jenama pun yang dibeli, pasti akan ada yang awning dia rosak and mula menjadi bentuk2 yang kurang anggun bila dah basuh berkali2 termasuklah dry-clean. maybe tak kene cara penjagaanya kottt. kalo zahra, tukar awning or repair, murah and reasonable jugak price dia, compare to ari*ani, uuhuhuh... tkr awning je dah rm30, rs mcm tak berbaloi plak aku htr ritu. nasib jer tudung tu tudung yang favourite, kalo tak dah selamat dahhh. macam mana sebenarnya kaedah menjaga tudung2 awning ni ek? so far, have been trying few techniques utk menyusun tudung2 aku yang berbakul2 berwarna warni itu. tp, up to now masih tercari2 jalan untuk menyusun tudung2 awning haku dengan lebih etnik dan gorjess...

1. teknik gulung and susun secara tindih kasih,heheh... ternyata ada antara gulungan2 tersebut yang akan tercampak dr tempat yang sepatutnya, lelebih lg apabila tuan tanah terbangun lambat dan gelabah dlm kdaan tergesa2. dan utk menyusun balik adalah sgt tidak gojes jika nak cepat, sbb muka akan berkerut dan aging sign will be increased :)

2. teknik gantung2 dengan mini hanger, ponnn will end up with small hanger marks at the both side of tudung, dahhh... mcm telinga extra plak jadinya. uhh... lagi la tidak practical apabila tpaksa iron lagi skali. ada jer kan small hanger that is specific for tudung awning... tp, mcm dengki jer nak beli yang itu, kang kalah plak butique2 bila aku susun semua tudung2 aku kiki...

3. teknik gulung sekali banyak2 and simpan. ini nasihat pekerja2 ari*ani which is was my latest hanging technique. ermmm... okay la jugak. awning pun mcm tak rosak sangat, BUT!!! bila nak pakai harus kene bukak satu2 gulungan tersebut.. and satu hal plak nak nyusun satu2 n gulung pagi2 nak keluar gi opis tu. still not up to my expectation dok sangap depan lemari tu lama2 gulung2 tudung.

4. teknik hang with clip hanger (yang pat segi or bulat with clips, wat sidai sotong2,, also practical but sometimes a bit difficult when it's quite hard for you to see the real design especially when all the tudung is hanging up together. mana nak ingat warna n semua corak2 yang ada, tadok kojo den nak menghafal


and



I got this scarf hanger to keep all my tudung. dah lama nampak orang jual. baru tergerak nak beli. tapi... dah mcm mula nampak down side of it :(, sbb skali tarik yang atas tu, habis semua yang bawah2 dia (in the same column) will joining it!! takpa2, try dulu lah for sometimes... mana tahu, buleh improvise, at least gantung in this hanger terus nampak colour that we target... hehhe

Apapun, rsnya teknik campak dan lambak, will mostly applied. wakakaka...


**apsal rs mcm entry ni cam sopan sikit eah......



tocheh

Photobucket

Wednesday, 28 July 2010

Aku pun byr lesen la~




pernah tak anda memaki2 membebel2 dengan penuh gorjess ketika memandu?

ok kasik can aku nak perasan kat sini. aku rasa aku adalah dalam kategori pemandu yang sangat berhemah mengambil kira pemandu2 lain walau tidak akur pada speed limit, dan juga tak pnah pakai seat belt. ok, am not either a speeder, nor a minah yg suka merempit. bila time drive, ada few categories drivers yang boleh buat aku sangggggap and boleh buat aku membebel2 tahap2 pengacara. mereka2 adalah

1. mereka yang bawak kereta tahap slow nak mati mcm kete dia tak cukup tayar and yet dok fast lane, bila kite cuba nak potong pun dia akan buat bodo mcm dia sorang bayar roadtax

2. mereka yang rasa diala pria yang terhebat (tgk CGPA sikit!!) dan memandu laju gila seolah2 jalan tersebut litar sepang yang dia takyah byr apa2 kalo nak guna, feeling ala2 racer gitu. exos kete haruslah bunyi mcm serombong kapal ataupun kuat sampai boleh guna utk amaran tsunami. yang sedehnya, kadang2 meka ni exos bunyi kuat gila tp lajunya tidak. ok, berbalik pada point asal, mereka ini selalunya akan tailgate org lain tak hengatnya and yang pasti mereka rs sangat superman and hebat dan sangat masculine ok~ selalunya lelaki la kan, suka buat gini. mahap la yea, mmg reality nyer

3. mereka yang bawak kereta sambil mengira bulan bintang di langit, takpun fikir nak cat langit kaler apa sbb boleh memandu smabil bercakap dgn handphone and obviously nampak tidak focus pada pemanduan seterusnya boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain sambil mendapat pahala free sebab semua orang akan maki hamun dia. nak best lagi siap texting ok!! tere la konon, buleh memandu sambil buat keje lain, ingat multitasking la yea? bole blah

4. mereka yang tak penah nak tahu apa fungsi signal kereta. memandu mcm lah semua bangsa kat muka bumi ini, tahu ke mana arah tuju mereka dan sangat pekalah dengan destinasi mereka sama ada nak belok kiri ke kanan. so mereka merasakan signal2 di kereta ini semua hanyalah hiasan duniawi and bila rasa nak belok, belok sajalah TANPA give a damn utk letak signal

5. mereka yang leka apabila berhenti di mana2 traffic light. ada sesetengah pemandu tu (critical when some of the traffic lights, their green light will not more than 20 sec), bila kala traffic light hijau.........boleh dia lengah2 baru nak masuk gear and hegeh2 nak bergerak as mcm la keta dia bergerak dengan kelajuan cahaya. so, percumalah sebaris ayat sumpah seranah mereka2 yang berada di belakang and kebetulannya in rush. nasib

6. mereka yang suka park keta masuk kawasan orang lain. gila kuasa la okkkkkk!!! agak2la weiiii... mcm la car park tu utk ko sorang, lain kali bawak cat and lukis senirik kat mana2, ikut suka hati ko nak size besau ke kecik. tp, this case is still acceptable rather than those yang langsung tadek sense of courtesy. it's happened to me few times. dekat tes*co Ko*ta Bha*ru, kononnya pihak management nak wat la friendly parking lot for OKU, those with children etc. its good that they do have an effort on that, but yet no enforcement :( and at the end, serupa takpayah buat jer.. yang aku tgk yang parking kat situ manjang single driver (mostly man!!!) and tak heret anak-pinak dia pon...haihhhhhh... baik lagi la kat UK, mat2 saleh tua yang confirm bukan agama islam pun tahu menghormati peraturan, haiyaaa...

oklah, sekian info traffic, utk peringatan diri senirik juga, tocheh



Photobucket

Pressure Swing

mood adalah agak tidak teratur

1. nak turunkan berat badan, cuba nak control diet.. tp asal weekend jer tak jadik n makan macam esok dah takde makanan.. so, nak salahkan weekend muahahhaha

2. nak run analyses secara teratur, tp keje2 untuk merenno umah adalah sangat menganggu jadual harian aku. so, dengan sendirinya aku akan mengganggu jadual machine aku sbb nak concentrate renno umah. sbb, target nak masuk before poser..sempatke? semua keje2 renno patutnya mula this week, clash la plak dgn machine yang sudah ku booking 3 bulan sebelum ni...adooooiiiii... semalam baru berkesempatan nak jenguk umah tu, iskkk... banyak gila keje nak kene buat sebelum masuk... tp alhamdulillah jumpa dah bakal jiran aku yang pompuan... nampak mcm peramah n baik errr.. at least as for my first impression la kan...

kalau jiran dolu2 first impression aku kat dia pun dah menambahkan dosa2 aku.. belum lagi lepas dia dah berlagak sengal ala macam-dia-sorang-masuk-syurga tu..

3. terdapat sedikit campur tangan berkenaan majlis makan2 sempena beday twins. aku dah la agak pack, stkt majlis simple kat McD ke mana ke, boleh la.. nak buat majlis busar2... harusla semua segenap condition nak kene amek kira. kalo takat merancang yang hebat2 and at the end aku jer yang penat, tak bole kot time2 ni. ok, bad mood di situ.

4. baju raya punn tak sempat nak gi beli lagi kain dia... takpe la, nak gi beli selipar barulah.. utk mengubat hati aku yang lara... hoyehhh hoyehhhh....


mana satu cantek colour dia??







and buat kesekian kalinya aku rasa, mmg aku ni menantu dalam kategori bunga tah* ayam :(.




tochehh


Photobucket

Sunday, 25 July 2010

PORE refiner


aku nak kongsi bende best ni.to those who got problems with her pores.. begini citernya, meka2 yang kulit bak telur rebus takyah baca :). read: ada nada2 jeles nestapa sikit heheh.

haku punya muka punye pores skrg adalah makin sangat jelas, kulit berminyak tu mmg dari belum mumayyiz lagi dah takle nak wat ape dah. so, the combination of this problemo will lead tu pemakaian bedaks2 yang tidak kekal gojes and asyik kene touch-up (apa kess?? mcm la dah tadek keje lain nak sobek muka siang malam). belum consider frackles yang bertempek2 muafakat ngan jerawat tuh. pendek kata, segala jenis macam masalah kulit la yang ada kat muka haku ni. sangat tersusun okeh... monthly cycle aku adalah.. dimulakan dengan jerawat sebagai pembuka bicara sebelum menstrual cycle, then period, pahtu dihiasi dengan frackles2 yang akan menyerlahkan warna2 setelah abes cycle tersebutttt.. so, setiap masa muka haku adalah fully booked! eh, tadi citer apa yek? oo.. masalah pores. aku dah penah try bodyshop utk pore refiner ni, pakai dekat 2 bulan mcm tadek beza. biase la aku, tak sabar nak nampak gojes kannn...

So, bila jalan2 weekend ritu, sementara tgg mr hubby, saje2 gi stall benefit... nak menery la kann... kata ada new launched (nyesal plak sbb time kat UK dulu tak pnah dekat pun ngan stall benefit neh, kalu beli kat sana... mesti murah sikit).. bila dah dekat stall depa, huh..segala mak nenek dorang suruh aku tepek kat muka, maklum la.. dengan kulit muka yang menyajikan pelbagai case study utk dia demo product dia.. macam2!! oil control cream la, make-up based, blusher, pore refiner, touch-up powder la etc...

tapi, hanya satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (buat masa ni) yang mampu menawan hati aku, yakni pore refiner. best ooo, sbb bole pakai sebelum pakai bedak or as nak touch-up pun boleh belasah, sgt best dia punya textures. terpesona nyahhhh dengan qaedah aplikasi dia ittew. maka harusla aku terpedaya kannnn.. cuma cara dia promo kat haku tu yang takble tahan, dengan kuasa PORE fessional ni mcm la dengan lubang2 hidung aku pun dia boleh kecikkan...


so, try this!!!


hehehe... sebab apa?? sebab aku pun dah beli.. hehehe..


tocheh



Photobucket

Thursday, 22 July 2010

Gundah





hati dah mula gundah berkelana

sbb, dah nak kene mulakan keje2 renovation umah
dulu, time reno umah.. ke laut semua tugas2 hakiki
now, nak mulakan balik keje2 tu dekat umah lain
yes.. aku akan pindah umah lagi..
mak mentua sayang kannnnn
kalu tahu nak dpt umah lain
takde de aku nak renno umah skrg sepenuh hati
kejam tak ayat aku?

walawehhhh....
mana sempat nak scout cari orang grill
yang bleh siap 2 weeks
(kang kalu cepat2 sgt siapnya and buruk, aku jugak yang jadi shrek!)
sib baik orang plaster ceiling dah ada
lampu2 kipas econ tu tinggal call electrician kedai jer kot
kitchen cabinet lagi.. haihh
sempat ke masuk before puasa neh
nak fikir pasal conference lagi
publications dah lama taruk lemari hehehe
adeh la



yang pasrah
*eh, ada sari lg tak abeh ganti pose



Photobucket

Tuesday, 20 July 2010

Wanita cantik sempurna




mari2 baca..... pastu jangan lupa senyum sambil gosok perut pada diri anda :)

LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun. Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker. Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Sources: Harian Metro


p/s:

kasik la can kat meka2 yang umur akhir 20an or awal 30an ni eak. aku hrp takde yang muntah darah bila aku tepek artikal ni... hahahhaa... pembakar semangat utk aku run SFE aku esok. daaa... nak tidur dengan tenang n sambil senyum


aku yang cantik peribadi :) (sila jangan muntah)

Photobucket

Sunday, 18 July 2010

Dazzled!!


tarip nafassssss...... hold and breathhhhhhhhhh
ok, sila jgn ober

sudah berbulan2 ai menanti, asal pegi parkson jer... mesti terjah dekat counter dia. hik hik, biaser la aku, kalo dah berkenan.. harus ada sesi kunjung mengunjung yang berkali2 sampai haus tapak kasut wakakaka.... hiiii... lama gila okkkk tunggu dia tiba. nak2 plak, bukannyer species2 yang selalu beli sbb mmg takkan pakai sangat pun... tp bila first time tgk si dia ni, hati terus tergolek. bila pakai terus rs mcm agnes monica ehhh...tang mana tu yg sama... apatah lagi bila salesgal tu kata, yang itu juga lah hot selling stuff dia, dah lama gila tak masuk stock, ramai gila yang tanya2 and asal ada jer mesti terus abeh. eii.. lagi la hati aku tergolek masuk bawah meja, biaser la aku kan mmg ober acting.

namun, setelah berjaya menahan diri ober acting beberapa purnama, akhirnya org one utama call ckp dah sampaiiiiiiiiiiiiiiiiii... hehehe, nak tengok?? mula2 mekasih utk hanak2 ku yang behave sementara mommy pergi tuttttttttttttt....





maka, penantian ku berkahir..
inilah yg aku dok cari2 tu...
inilah yg aku dok fikir siang malam
oke, ober lagi




tadaaaaaaaaaaaaa.....

ada dua...... meh tgk warna dia...



nampak yg ada blink2 itu? warna dia lawa gila ok
warna itulah yang buat aku meroyann harus cuba! warna pepel itu adalah
ala2 gloss.. juga best....


okeh, sekian berita hari ini dan malam ni dah bleh tido malam, tocheh


Photobucket

Hari Terbuka



C-E-C R*eal Kid*s
Open Day


komen aku? sangat aaar tidak practical and tidak children friendly. ok, that's my opinion. yang pasti, lepas ni kalo takde aral melintang yang lebeh terlentang, confirm tak pegi lagi dah.

They call it charity day. sangat laa charity nyer. dah la paksa2 orang beli coupon! hiiii... terus aku rs tak best sbb style paksa2 cengitu...as pegi mati la kalo korang tanak pegi pun, janji beli kupon tu. Each children are compulsory to buy rm10 coupon. ingatkan bila dah kanmain lagi kutip duit, aktiviti2 pun mestilah sesssssuai dengan cuaca, and for children. cett. no, not at all. dah la si twins gila2 looking forward. frust.


sebab musababnya:

1. venue - dekat car park, somewhere dekat stadium. nak masuk kene byr parking which is pada aku alang2 pihak pengurusan bukit jalil will charge, might as well ko pilih dewannnnnnnnnn, kan ke lebih convenience? berlambak2 dewan sukan yang ada, apehal ko nak buat jugak dekat car park area, nak save cost?? pls la.... I believe their renting will be not much different. nasib tak ujan, kalo ujan harus la jadi hari tertutup and padan muka sbb takleh nak collect balik coupon2 tu. sgt tidak practical apabila dorang hanya guna khemah2 cokia (sedangkan kalu ujan ribut, sah2 ngan dorang2 akan basah and tidak ketinggalan akan tenggelam skali dlm khemah tu), khemah2 yang peneduhnya hanya utk mereka, bagaimana dengan orang2 ramai and anak2 kecil? meh aku tlg jawab...agaknya dorang fikir..pandai2 la korang pakai topi or bawak payung, itupun nak kene gitau ke, tak skola?!

yang aku herannya, kalo takat nak guna khemah gitu, napa tak sewa je mana2 padang bola? kenapa nak gak dkt bukit jalil... and, dewan berlambak2 la dekat bukit jalil tu.. iskk... and lebih bijak lagi, semua khemah2 adalah dipasang ngadap matahari... clap2 nk kene tgk objectives event dorang ni mula dah gila kuasa dia


2. ok, the event itself ada few food stalls and also stall yang consist of gaming activities, each game normally will cost of rm2 coupon.. game2 yang ada tu I believe is designed for children, yer la fishing game, baling pingpong ball, letak coins dlm cup (and cup tu ada dlm air), tp let me tell u, semua game tu susah nak mati la kalu utk children....kalu mak apak yang main pun belum tentu dapat...inikan budak2 umur 4-6 tahun. ok fine...maybe anak2 aku yang takde bakat satu hal la kan... hehe.. pahtu dengan cuaca yang gila panas, pahtu nak dpt satu voucher gila punya susah.. hrmpphhh... turn off la budak2... kesian dorang, lebih kesian kat aku la jugak sbb terpaksa dtg sbb ingatkan children friendly day.. lastly...

kitorang abiskan duit beli tatoo

smua dapat tatoo... sorang satu...

abam juga.. pahtu terus request nak stay lam kete...

pahtu ada hati nak suruh aku jwb survey lagik tu..
adeh la, sib baik ibu yang perihatin wakakaka, harusla kasik kerjesama


tochehhh


Photobucket

Thursday, 15 July 2010

Amal Jariah


TAKENNN!!!


Saya nak buat GIVE AWAY mahap la ye, kalo mcm poyo sikithehe. menarek tak? heheh..aku ada kawan, tp nama dia juriah, bukan jariah psst.. wehhh yong, tak reti2 nak contact aku ke..rindu neh

saya nak giveaway my miniture set GUERLAIN yang saya dapat ritu. Bukan sbb dah tanak barang2 tu, no.. tak pnah pakai pun, bukak2 n amek bau tu adala haha... sbbnya saya takmo pakai guerlain skincare set tu, so drpd dia dok terperuk kat situ, baik saya kasik kat sapa2 yang berminat nak try.. miniture2 cinonet jer pun :)

kalo nak tgk gamba2 dia, buleh refer link INI. haaa... mende2 tuh la yg akan saya kasik, tp kotak saya dah buang sbb nanti kalu nak post ke mana2 cam susah sikit.. err..at least susah for me la kan...err.. meteorites tu idok la mak naka kasik hehe... oo yess, the lip glose also included

So, those who is interested, email me or drop me a msg at my chatbox and we'll be keep in touch.

tocheh...


Photobucket

Wednesday, 14 July 2010

Harga Runtuh My Christian Dior


SOLD!
tq yer cik sri j*****


***..lelong2..***
its RRP was RM1+++


ai dah ada yang baru.. so nak let go yang ini...hehhee..
ada sapa2 yang berminat tak? ai nak let go murah2 jer 60-70% for sure

my price?? pasti harga terbaek punyer :)


RM1+++


interested? email me..

sufee.suhara(at)gmail.com






harga mampu milik cwk utk deknonn...

**and jangan lupa check butik HS utk more bargain**



Photobucket

Promo..promo..promo!!!


Hola...

berita yang patut sangat dikongsi bersama... esp as one of our persiapan utk raya (and of course selepas ganti puasa yer dek2 non!)

ada sape2 yang minat high end nyer brand.. and with a VERY reasonable price.. you can check this website... :) any more discount or further inquiries.. sila la rujuk tuan punya blog yang amat pemurah ittew...less hassles.. and best lagi bila boleh wat special request.. boleh dpt cepat esp bila tahu destinasi terbang 'pembekal' psstt....maaf yer cik hana guna istilah ni, takkan nak reveal plak kan,kan? cik hana kita...


tocheh...

Photobucket

Sunday, 11 July 2010

Minat and tidak minat

tskkk....


mana satu aku nak abihkan dulu.. yang belah kanan ke kiri lappy aku... err..abaikan keserabutan meja aku tu yer..


aku adalah peminat tegar novel2 melayu.. haha.. siap kecik2 dulu ada karang2 cerpen. tapi cerpen yang imaginasi aku la kan, editornya plak cousin aku. kami selalu tukar cerita2 yang kami karang... yeahh..we're so close! tp sumpah malu la nak kasik orang lain baca, aku takut dorang mati sebab gelakkan aku hahahha... ok, itu hobi time kecik. bila dah besar, hobby membeli and membaca novel melayu ni terbawak2 sampai la skrg... sukeeeee beli novel melayu. synopsis haruslah dengan nama2 hero yang terkini bukan nama2 zaman hang tuah, utk heroin juga perlu la ada unsur2 gojes pada nama mereka (kalu ada tengku mengku pun ok). pastu hero harusla kaya, pandai, keje hebat2 best lagi kalu citer cinta kat obersi (apo nak buek, tak sempat nak bercinta kat obersi dulu). yang penting, kene happy ending (sbb ada jugak yang kambing wat citer yang sad ending, ape kes?). pahtu plak, cover buku harusla gamba2 rumah besa2 or pemandangan obersi, bonus point jika kesah chenta yang melibatkan kawen2 paksa hahahhahahah... yess... sapa2 yang kenal aku mmg tahu ini ciri2 buku citer yang aku cari. ye, saya mmg bias! sila sepak saya....

*bonus di sini maksudnya akan beli juga wpun author dia haram tak glamer


ok, novel omputih adalah sangat tidak minat (sbb tu ritu nak masuk cambridge aku kene amek IELTS 2x!! ye, saya tak malu nak mengaku :D) kecuali Sydney Sheldon sahaja, itupun setelah diperkenalkan oleh ajan and parie zaman2 ukm dulu. yang len2 bukan dorang tak baca, saya jer malas nak explore hihi.. buleh? lepas dok UK beberapa tahun pun masih belum mampu mendevelop rasa chenta utk membaca novel english, mags buleh lagi la sikit2. Cuma, di UK saya buka hati saya utk author nan sorang ni.. tu pun sbb dia penah tv kan citer dia and hero dio adalah sangat charming and also kaya raya hahahaha (bias lagi)... sapa tak tahu kan citer Confession of Shopaholic.... yesss... saya ada lengkap set Sophie Kinsella :).

tadi baru beli lagi satu.. twenties girl...
hahaha, nak wat baca sambil jaga mesin SFE aku..

*tapi kan, lepas tengok citer ni, lagi aku suka shopping ada la...tskk!!


tapi, walau bagaimanapun tuan2 puan2 rakyat yang beta muliakan, wiken ini saya masih bawak balik bahan bacaan yang berbentuk ilmiah saya. masih sedar jugak la realiti sebenar... hehehe. tp, hrmmm... mana yang aku nak baca dulu yerrr....

err... bahan ilmiah tu pun takla setebal mana...
tp nak membukanya mcm ada magnet plak folder tu, haihhh....


okeh, saya perlu bertindak adil, saya baca selang seli ok? barula adilllllllll


tocheh.

Photobucket

Sunday, 4 July 2010

Demmit





oouhhh.... sangat stress ok!!
*18sg sbb author will have a tendency menggunakan kata2 kesat hehe

ok, ini tahap serious. jiwa sanggggat kaco tahap kapal api. ritu mcm buleh amek mudah lagi, kononnya senang la nak control or overcome, tp... cakap mmg senang and time nak melaksanakannya tu mmg amat la azmat tahap topekong. at the end, aku dah gemuk gila ok skrg ni, gemuk!!!!!!! ok relax2.... (mcm mana nak relax kalu asal pakai baju jer nampak lengan sebesar batang pisang??!!!).

mula2 hajat dihati nakla mulakan dengan mengcontrol selera makan dulu sebelum serang mana2 slimming centre, yesss...kalo tak kurang makan no points since all promgrammes will be involved your diet and daily eat routine, len la kalo ko nak buat liposuction. So, ingat nak kurangkan nasik sikit2..lebihkan makan sayur2 and buahan. nak kurangkan nasik tu yang sakit. demmit. then, ada yang recommend eat fruits as appetizer in the first place (punnnn, tak jalan jgak utk aku... apa kes kalo makan fruits berbakul2 and then followed by nasik yang also menggunung....??).

now I realized, nak mulakan diet amatla susah utk org2 macam aku ni, suka makan.... penat baca2 (ecehh) jer, nak makan... or asal ada anugerah makan2 hebat yang berganda, akulah penegerusinya. besday hubby pun aku yang tergedik2 nak makan sana sini. mmg la akan gemuk. yesss... sangat gemuk. dah tu plak, aku ni tak pnah sampai hati utk menolak kalo tiba2 ada mana2 trip and it happend to be that the BESTEST (hehe) ikan bakar is in a way.. the most kicking nasik lemak is depan mata. takleh nak tolak. mati la aku. So, mcm mana?how? takkan nak buat buta jer kat kedai2 makan tu? mana leh.. aku ni pemurahhhhh, esp kalo bab beli2 wakakaka..

iskk.... tp hati susah terlebih sikit skrg ni. nak jumpa kawan pun mcm malu dah. kene mulakan dari skrg..... any tips? ingat nak mulakan dengan diet selang sehari (err... buleh ke?). sbb susah jugak nak kurangkan nasik even sikit2. adoooyaiii. tapi, mcm2 mana pun mmg nak kene control selera makan. tp, ada gak la achievement aku...heheh yang mana aku skang bukan lagi hantu coffee (clap2 to myself).

so, nak kene kuatkan hati dan perasaan... nak betol2 mula control makan.... I need to have a healthy diet!! I hope I can start control my appetite. really hope that aku tak hangat2 ta*i ayam jer this time. tolongggg la sedar diri wahai cwk. sungguh. tahap jiwa kacau neh. Nak tahu apsal aku meroyan pasal weight gain neh. korang tgk gamba neh

ni gamba dinner last nite. cam apa jer, tgk la size muka n size lengan aku!! cisssss....

nak amek gamba pun terhad okkkk pose dia!
posing la mcm mana pun, tetap maintain size obese...


so, the story behind:

1. I 've gain about 7kg in last 12 months, my previous weight was 45kg. with the height og 150cm. so, jgn nak sedapkan hati aku ckp aku ok lagi ka... chubby sikit ja ka.. NO!! with that kind of height, that 52kg is consider obese ok

2. smlm nak attend dinner, susah gila nak carik baju and bila amek2 gamba... demmit, gemuk nak mamps.. esp tang lengan aku, cisss...cissssssss dan cisss!!

uwaaaaaaaaa... comenggggaaaaa.....

*nasib baik aku n hubby gemuk bersama-sama, sehati sejawa gitu...wakakaka


Photobucket

Thursday, 1 July 2010

Curry Pack




rinikan beday daddy
tapi daddy masih sibuk sbb tpaksa shopping apparels dia
takpalah, ikut jer la...angkut semua skali
so, petang after office hour aku n budak2 teman le dia skali
suka la sbb takyah masak dpt makan best

so, time daddy potong rambut dgn denden
aku ni terpekik terlolong jaga si berdua ni
dadam la especially.. jenuh haku kejar sana sini
ni nak suruh aku pakai wedges??!!

salah satu cara nak make them stay put
is MAKANNNNNNNN
yess.. sit somewhere with food
tp nasibku malang la plak
bila tempat daddy dok gunting rambut tu
yang plg dekat is only stall ice-cream
bengkek jer aku bila si berdua ni paw aku
ice cream RM35 sepinggan...hadoiiihhhhh...
ini tidak aci
dah la haku x smpat merasa...hahaha

yang aku nak citer is
damia and her malay words
dah banyak dah, far better la dr denden
(danial nyer english pun mcm dah makin broken, MB lagi la out)

suddenly damia bersuara...
(dia mcm dah lapar kot..selalu dinner time 6pm)
time tu dah almost 8pm

"mommy, can I have the curry pack?"
"what?could u pls say again?"
"I want a curry pack...." muka dah mula bengang sbb haku tak paham
"curry pack...err...what?what is that kuih or what?"
"the one that have potatoes inside, a bit spicy... can we buy it.."
time ni dia mcm dah pissed off dah, dah nak nangis..
yer la haku mcm tak dpt tangkap.. adeh la
apo bondo yang dia nak ni, takkan nak suruh aku beli serbuk curry
mcm mana nak makan...
tengah aku dok convince (sbnrnya nak try distract sbb tak paham) tu
skali nampak budak pompuan tengah makan and damia
well.... spt biasela akan overact jerit2 tunjuk kat budak tu
mcm la budak tu tgh makan kertas or lampu suluh
bila aku tengok2...

lllllohhhhhhhhh


Curry pack = karipap!!!!


tochehhh.... err... happy birthday daddy, sorry yer adiah tak smp2 lagi :)

Photobucket