Wednesday, 25 August 2010

The Polca Dotts



shian damia, got her chicken poxs..

beriya mommy wat beading for her baju raya... now she got an extra beads already elok2 jer pindah umah, the final closure is this award.. haihh.. pastu pusing satu putrajaya, satu clinics pon tadek yang buleh provide antiviral for the chicken pox.. nasib la, dah la on sunday utk scout around tak banyak specialist yg bukak, so darling.. bare with it! hopefully kene skali ni jer la... her daddy sampai 3x, horror ok!


this is day 5 already...


harini dah bleh main2 seperti biase dah..
cuma she still looks tired :(


and yang penting dah mula bercakap n senyum2 seperti biase dah...
alhamdulillah....



pening kepala mommy.. satu2 timbul..takpalah.. umah pon belum totally settle lagi. takpala slow2... cuma grill yang janji siap end of this month dah drag pegi first week of sept plak, nasib baik ada alarm umah. tapi, hopefully takde pape la, since depan belakang ada umah orang :), lega la sikit... takla setakut umah facing bukit tuuu.. aku kan penakut, no argument, mmg penakut.......



okeh la.. nt sambung citer

Photobucket

Monday, 16 August 2010

untuk Damia


sbnrnya baru baik dr serangan demam panas terlampau n sakit2 sendi, tahap takle tidur malam.. dah 2 malam takle tidur and sangatla miserable n tak terurus.. dah la nak pindah..

alhamdulillah, feel better when dpt baju utk damia. dr 2007 tak berkesempatan nak jahit manik kat baju kenkurung2, this time punyer raya, dpt juga merasa jahit sulam manik kat baju, tp utk damia jer la kan, sbb... first time try dgn beader ni, takut la plak tak lawa ke apa...





nak selamat, hantar baju baju damia dulu hehehe... takla jahanam baju aku kan.. tp, alhamdulillah, lawa :)

tocheh...


Photobucket

Saturday, 14 August 2010

Rindu yang tidak bertepi

saya tak pernah rs kehilangan yang sebegini terkesan :(

sampai harini sy rs spt dia baru sj meninggalkan kami semua. saya rindu arwah nenek saya. nenek yang paling rapat berbanding dengan atuk or nenek yang lain. betullah yang dikata, bila dia dah tiada, barulah kita akan terasa kehilangan yang sebenar. sayu juga bila ingat2 balik... bila dah towards the end of her life, bila saya dah mula kerja, dah kawin etc, tanpa disedari sedikit sebanyak masa akan terbahagi. kalau waktu bujang2 dulu, setiap kali balik kampung time2 cuti, singgah umah nenek adalah satu kemestian.. lepak2 dengan dia, lepak dengan mak usu (yang tinggal dengan nenek), gossip2.. and total spending time is surely not less than 3-4hrs/day :(. after me get married, total time spent is lesser... :(... time balik kampung also limited, yes.. u do have other commitment, hubby, family and career. u will never even noticed, how important was our time spent with our loves one.. you'll not realize that as time flies, our precious time spend with our beloved one is decreasing.. until she/he or myself is disappeared.. there's nothing else left other than our doa's to them.


saya kadang2 takut.. saya selalu didatangi arwah dlm mimpi (horror la jugak kan~ tkt nak ajak skali ikut dia.. time nilah baru nk sedar amalan utk bawak bekal tak smp seciput), arwah dtg seolah2 ada yang ingin disampaikan.. walau di mana saya pegi, mesti mimpikan arwah. kalau time saya sedih ke gembira ke, mesti ada mimpikan arwah. sy di tanah suci dulupun, arwah dtg jugak dlm mimpi saya. yang pasti, saya akan pastikan arwah sentiasa mendapat doa2 dr saya. sbb... sy mmg sampai harini terasa dekat sgt dengan arwah.


kali ni, saya nak luahkan semuanya tentang arwah yang saya ingat. sbb saya rindu, rindu sangat time bercerita dengan dia, arwah/nenek suka bagi nasihat (wpun time tu we'll accept that as bebelan hehe) n arwah juga seorang yang sangat particular and also pembersih. arwah suka kucing, bela kucing berbelas ekor. masing2 ada nama tersendiri. ada juga ayam n itik- ini tak sure ada nama ke tak, sbb hafal nama kucing2 dia pun saya fail hehe. arwah dulu, guru al-quran. jgn la cuba nak baca suka hati or escape2 line kalo baca quran, dia dr reban ayam pun dia buleh sounds kat mana salah kat mana tertinggal. arwah sangat disayangi... time raya mesti penuh rumah dengan murid2 dia. takut2 dorang pun, hari raya sure datang n bawak mcm2.. apa yang saya dpt simpulkan, arwah disayangi ramai... wpun agak garang. sayu sgt, sbb bila balik umah arwah skrg, apa yang tinggal hanya tinggalan2 dia yang usang. tiada lagi wajah ceria yang menyambut kedatangan cucu2. tiada lg kemeriahan ayam itik and kucing2 pun tak seramai dulu. takde sapa lg dah nak tolong interprate mimpi2 merapik saya. kalau dulu2 mimpi ini, apa makna dia, mimpi itu apa plak firasat dia. suka juga usik2 ckp mimpi ular (time ni plak takde bf lg), time ni dia malas nak layan sbb dia kata, kalau in real life pun takde yang bkenan, mcm mana nak validnya kalo ada mimpi2 sebegitu. hehe.. arwah kelaka orangnya. arwah selalu juga menjadi rujukan barang2 ilang, yang sendiri ilang or kene curi ke.. selalunya org mesti datang dekat arwah, minta buatkan solat hajat or mintak air tawar. dengan izin Allah, kebanyakan barang2 yg ilang akan dikembalikan. time arwah masih ada, sorang cucu cicit dia pun tak beminat nak belajar or amalkan ayat2 and doa ilmu utk carik balik barang2 ilang tu. bila arwah dah tiada, semua menyesal... ilmu yang tidak diwarisi.... satu lagi, saya rs arwah cantik (at least pada pndgn sayalah), seingat saya time muda2 dia, buleh tahan juga retro dia.. arwah berkulit putih... mcm cina :)


sebelum saya kawin, saya ada bawa balik hubby jumpa arwah. alhamdulillah, arwah suka dengan personality hubby..siap buat firasat2 dia (ikut tarikh2 islam and what not, err...kirenya mcm tilek2 la haha, tp semuanya berlandaskan ayat quran la kan). apa yang buat saya ingat sampai skrg, arwah penah kata.. kalo betullah jodoh saya dengan hubby ni nanti, iAllah rumahtangga akan kekal bahagia dan penuh dengan kasih sayang. rumah saya juga akan menjadi kujungan ramai, especially bila zuriat dah berkembang, alhamdulillah.. iAllah mudah2han doa2 arwah tu menjadi kenyataan.


around may 2005 arwah dah mula sakit2 and tidak sihat. time tu, I was 5-7mths pregnant, and dah mula bedrest. time ni arwah dah mula demam yang berpanjangan, demam on and off. time tu, saya di KL, arwah di kampung tp saya selalu call ty khabar arwah, borak2. antara kata2 arwah yang paling saya takleh lupa is..tentang kandungan saya. katanya.. "saya betul2 murah rezeki, bukan senang nak dpt anak kembar, ada 2 nyawa baru sekaligus yang diberikan, harap2 Allah tidak menarik balik satu nyawa lain sebagai ganti". saya sentap juga time tu, dahla sememangnya hanya dia shj yang tgh sakit. hati sedih tak terkira. time tu, dia tidur dah mula meracau2, merepek2 dengan mimpi beliau. arwah penah mimpi, dia nampak anak2 yang saya kandung.... kembar yang tak sama...sorang besar and sorang kecil sambil gelak2 and saya dalam hati rs mcm nak meraung sbb takut sgt arwah tak sempat tgk twins. tp, alhamdulillah, bila twins dilahirkan, yes.. it's true, sorang 2.2kg and danial is 1.5kg. bila saya balik for confinement, dia sempat tengok and siap endorse mimpi dia tu betul. hehe... and utk sekian kalinya.. setiap kali tgk muka arwah, hati sy dah fikir bukan2.. dah mula fikir arwah sudah hampir tinggalkan kami semua. arwah time ni mula demam yang tak kebah2, dan kelihatan sangat lemah. dah mula cerita mimpi2 dia yang nampak baby2 (yang menyerupai anak2 yang beliau yang semuanya meninggal ketika masih kecil- kalo tak mesti aku ada extra pakcik2) dan baby2 tu dtg jemput dia dgn kapal la, apa la.... dia ckp dia mimpi jumpa arwah atok la... time tu we all mcm marah dia, tanak dia saratkan pemikiran dia dgn bende sebegitu wpun dalam hati masing2 saya tahu, ramai yang dah menangis... sayalah yang paling terasa..apalagi beliau selalu ckp yang beliau sgt syukur dpt juga jumpa twins sebelum beliau pergi.


bila dah masuk Aug 2005, saat2 akhir sebelum arwah pergi, saya dah kene balik KL sbb confinement dah nak habis. namun, few days after balik KL, daddy dah call saya, time tu saya kat klinik... daddy call utk ckp arwah dah takde, hp saya terlepas (mcm dlm drama tu)... and terkedu, rs nak meraung sbb tak smpat jumpa arwah. tak berpeluang bersama arwah pada saat2 dia pergi. terngiang2 2 hari sblm tu bila saya call utk ty khabar dia thru phone, dgrnya mcm dah sihat, suara pun segar..time tu hati saya lapang sikit, fikir positif... walau terdetik dlm hati yang sometimes, org yg hampir waktu ajalnya.. kdg2 ada yang tiba2 sihat n segar bugar.


so, bila dh dpt berita terus rush balik kampung. mcm tak pecaya bila lihat arwah sudah diselimut.. yang tinggal hanyalah wajah putih yang telah kaku. time tu nak baca surah pun tersekat2 sbb lebih kepada nak meraung2.. tangan saya menggeletar sewaktu bacakan yassin dan surah, susah sangat nak control emosi. maklum la aku ni kan ratu air mata. waktu arwah dimandikan, saya rs air mata saya sama banyak dengan air yang org guna nak mandikan arwah. hasrat saya nak mandikan arwah tak kesampaian bila saya masih dlm hari. :(, so buleh smbg tugas menangis kat tepi2 dinding :(. time tu semua org tak berani pujuk saya. saya seolah2 dalam dunia saya..


arwah pegi before masuk waktu zohor, arwah baring lepak2 dekat kerusi fav dia sementara tgg nak masuk waktu. beliau dah siap minta mak usu saya ambilkan wudhu' utk dia before dia lepak kat kerusi tu. and 1 hr lepas masuk waktu, mak usu heran kerana tiada lagi suara2 arwah spt sediakala... mak usu yg tgh sediakan lunch utk arwah minta Aliff (si kecil mak usu) pegi utk lihat kdaan arwah, time tu arwah masih tidur katanya, tp bila Aliff gitau gigi palsu nenek dah tercabut n jatuh.... time tu mak usu dah mula menangis n berlari kepada arwah di ruang tamu... mak usu saya pun tak sempat bersama2 arwah di saat2 akhir. time tu arwah dah pegi. dia tinggalkan kami sorang2.. dia taknak kami lihat saat2 dia hembuskan nafas dia yang terakhir... tapi mak usu paling cool... mungkin sbb dia berpeluang berbakti and jaga arwah sehabis baik :).


kini, saya sarat dengan rindu. rindu nak kucup wajah arwah, rindu nak peluk dia. rindu nak usik dia. rindu nak dengar celoteh dia. rindu semuanya tentang nenek. harap arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, sekurang2nya, ramadhan ni, semua seksa2 kubur diberhentikan, mudah2 arwah tenang di sana....iAllah.


Al-fatihah untuk arwah...


Photobucket

Thursday, 12 August 2010

Menu





My iftar Menu
*orang lain masak siap bole bukak restaurant pun tak kepohh..heheh


Day 1

Nasi Daging
Kurma Ayam
Ayam masak merah
sambal bawang n tomato

air: bandung
kuih: takde
*credits to puan zura yg berkongsi recipe 2 thn dulu :)




Day 2

Nasi putih
Sambal Udang and petai
Lemak putih sayur
ayam goreng berempah

air: kopi.. and plain water
*nasib aar kann...





Day 3

mula mcm nak buat nasik kerabu, tp mcm malas nak pegi pasar.. tak sempat pun sebenarnya.. tanak rushing2.. so, akan korek apa yang ada jer la kot.. and bercadang nak masak

lemak ciliapi ikan pari kering with nenas
ayam masak kicap
telur dadar

air: hrmm... ribena??err...


best juge kalo korang nak tolong reka or suggest menu utk aku.. hehehe.. kejam jugakla bila hubby aku tanak makan luar, lebih tragis bila request utk teman pegi pasar ramadhan pun tak dilayan...huhuhuhu...nak masak grand2, bakat tak berapa nak ada

till then, selamat berbuka semua..


Photobucket

Kitchen Cabinet




salam everyone..

how's your ramadhan? ke sama jer ngan tahun2 lepas? ngahahahah.... hopefully ething went well and mines so far so good, even though rini agak melepek than semalam...apa2pun, harap tahun ini lebih baik dr tahun sebelumnya.

pahtu pulak, I have my instrument break down, gas plak dah nak kene restock, mmg terbaek la setelah sekian kalinya menjahanamkan sample aku (sapa suruh tak monitor pressure senah!) and tahniahla jugak.. next available slot is January!! hantu btol la booking system yang camtuh. some of budak2 iranians postgrad sukaaaa book nak guna alat few months in advance. pahtu bila time nak pakai, batang idung pun tak nampak. tp, bagus jugak, takyah aku wat keje sampai tahun depan..hihi... so, dengan ini, saya berazam utk mengupdate n meluahkan isi hati telepati saya hari2 di sini.

seterusnya, berkenaan dengan pindah randah, dengan hebatnya plan nak masuk umah next weekend, yeah rite dengan kitchen cabinet tak siap lagi, wall deco blum finalize... curtains blom siap, so.. skali lagi jutaan tahniah kerana akan masuk rumah yang masih banyak bende2 pending. sapa suh pindah skrg?? jawapan saya is that, umah skang ni dah ada buyer and nak kene settlekan cepat2. harap2 things will go in line.. good news is that, our potential neighborhood pun nampak sgt ok and friendly, alhamdulillah.. as for my first impression, that kind of welcoming signage, is more than enough already. yer la... sorang2 pakai keta jutaan ringgit hebat2, pastinya bukan sebarangan orang, tp masih lagi sudi menghulurkan persahabatan utk kami yang serba cikai neh. suke suke...

ok, back to my point asal, about my kitchen cabinet.. ho ho ho.. susah jugek ye nak finalize design yang berkenan dgn mata n sesuai dengan pocket. cita2 sikit punyer melangit, yer la alang2 nak kene spend riban2, maka harusla buat betol2. nak kene tahu juga some details about materials segala, tanak kene goreng idup2 ngan supplier. dorang ni kalo nampak kite zero knowledge, mula la nak ketuk rege2 tan sri or taraf2 pakai ID.


*all pics is googled

in this pics, 20% of its design ai suka
like their doors materials.. I guess made by cengal or nyatuh..


my dream CC is 70% can be seen in this pic, I like their wall units cabinets, yess
it's an traditional english style..ho ho


dreaming of having one small island table, but to be more rationale, this layout will not be
suitable for my CC size sbb planning to put set of dining set satu (ergh...byknyer citer2)


I love their layout.. especially the L-shape type of base units.. ni boleh buat kot
err... the L-shape part jer la kot since my wet kitchen half of this size
somehow, I miss my small mini tiny kitchen when I was in churchill college yang nyaris2 dibakar oleh puan zue kite ahaks


this is perfect to my liking!! I like every single bit about it, the base unist, wall units,
kitchen tops (i guess it's rock stone type), I like their placing of white goods...



hrmm.... camna aku nak gabungkan semua2 tu dlm satu ek?


Photobucket

Tuesday, 10 August 2010

Twins Birthday


8th August
happy 5th birthday my beloved Danial n Damia...

Happy birthday darlings... May Allah bless u both with happiness and success in your life ahead...


Seriously rasa bersalah sbb tak sempat nak arrange any mini humble birthday party for them :(. mommy promise, when we completely move to our new house, we'll have one, together with Adam's day... and also our housewarming skalik. tskk... sibuk ngalahkan tan sri plak rsnya. luckily on that particular day, sempat bawak them makan2 and have a fun time at their playpark.. okay la tu, as temporary present.

lupa plak apa nama tempat ni..

seyes mak tak sempat. sibuk nak arrange pasal rumah. maklumla... akulah contractor, aku lah operator telephone, keje lagi. so, the following day (which is monday) I prepare few goody bags to distribute in their class, of course together with choc cake and pass it to their class teacher. just to make sure they have fun time with their friend as well. so, suruh their teacher amek gamba skalik. as far as I know, there are happy :)... alhamdulillah... lega sikit


this is their classmate... and obviously, Abam is the most tiny kid among them..
teacher selalu kata, Danial's biggest problem is that.. "he will always falls down as other children cant really see him"... camno mommy nak tolonnn??




yeah... we are twins.. we are identical twins..
good twins will never let their partner do bad things... ALONE!


AND


twins.. in my fav piccas!




sedar tak sedar dah masuk Ramadhan dah, mudah2han this time ibadat lebih banyak n lebih diberkati. sib baik persiapan raya dah settle awal utk kehkanak2 ittew. and rayer kali ni balik kampung ai... mak sukaaaaaaaaaaaa!!!

tocheh... salam ramadhan utk semua, mohon maaf andai ada tersilap kata etc.

Photobucket

Friday, 6 August 2010

Longchamp Le Pliage Red Rose





hi..

those peminat2 Longchamp Le Pliage, I have one Long Handle Large size in Red Rose to go... it's still in a plastic and sayang la plak nak bukak utk snap real piccas. But, u still can request if u really like to see its real pics.. hehe...




*this pic is googled
RM400 (excluding postage)
Long Handle
Large Size
Red Rose


I got only this colour as I bukanlah nak jadi penjual tegar LC.. just got this for extra... and rasa nak let go... hehe.. Kalo berminat in other colour, maybe buleh pegi ke Butik HS, I guess cikhana ada few colours left.

so!!! those yang nak beli this large size and long handle in red rose, do leave me a msg... and dont ask me about authenticity as I dont support imitation thingy.

Hurry!!


Photobucket

boring menunggu

Bosan btol tugas menjadi supir tp gojess neh.

Borink btol kalu trsampai awal kat area opis hubby.tp xde choise.Sedar tak sedar dah masuk bln poser dah. N yet nothing much achievement to proud of. melainkan progress renno rumah. Alhamdulillah hopefully smpt la pindah next week, dh x larat nk ngadap muka jiran haku. Mmg confirm yg dia x sudi nak hulurkan silatulrahim, aku still lg terhegeh nk senyum bila terserempak! Bodoh la ko ni supirah...

Good that we r going to move out. Haih.. nama jer berjiran dgn org islam.

Photobucket

Tuesday, 3 August 2010

bercelaru





harap2 sempatla masuk sebelum rayer...

sangat2 la tidak tenteram bila banyak bende pending...nak wat keje2 len pun mcm tertangguh, mana nak jahit langsir, bila nak pilih kain... lampu belum pilih lagi.. and almost every half and hour ada org call...contractor la, plumber la, kitchen cabinet la... apa2pun, alhamdulillah grill desgin and drawing dah confirm and dah bleh start process.. selesai 1 perkara


masih risau pasal curtain. org kata bleh scout dkt nilai 3, kalo nak cepat siap. tp banyak gak reviews tak best pasal curtain kat situ, ramai yang kata murah... but bila dah siap, banyak pulak hidden costnyer. but, to me... kain2 dekat nilai tu.. jarang aa nak jumpa kene ngan taste aku. kilat2 semacam, ke haku yang tak reti pilih. takpe2, baik gi confirm je ngan org macy... yang kononnya takde sewing charge tu. kalo mahal jugak, susah2 aku roman blindkan jer semua windows muahahahah

original colour umah ni sangatla off... feature wall atau apakah??


harap2 cepatla siap n buleh mula pindah sikit2...takkan nak mulakan keje2 pindah di bulan pose... tskkk!!


Photobucket