Saturday, 14 August 2010

Rindu yang tidak bertepi

saya tak pernah rs kehilangan yang sebegini terkesan :(

sampai harini sy rs spt dia baru sj meninggalkan kami semua. saya rindu arwah nenek saya. nenek yang paling rapat berbanding dengan atuk or nenek yang lain. betullah yang dikata, bila dia dah tiada, barulah kita akan terasa kehilangan yang sebenar. sayu juga bila ingat2 balik... bila dah towards the end of her life, bila saya dah mula kerja, dah kawin etc, tanpa disedari sedikit sebanyak masa akan terbahagi. kalau waktu bujang2 dulu, setiap kali balik kampung time2 cuti, singgah umah nenek adalah satu kemestian.. lepak2 dengan dia, lepak dengan mak usu (yang tinggal dengan nenek), gossip2.. and total spending time is surely not less than 3-4hrs/day :(. after me get married, total time spent is lesser... :(... time balik kampung also limited, yes.. u do have other commitment, hubby, family and career. u will never even noticed, how important was our time spent with our loves one.. you'll not realize that as time flies, our precious time spend with our beloved one is decreasing.. until she/he or myself is disappeared.. there's nothing else left other than our doa's to them.


saya kadang2 takut.. saya selalu didatangi arwah dlm mimpi (horror la jugak kan~ tkt nak ajak skali ikut dia.. time nilah baru nk sedar amalan utk bawak bekal tak smp seciput), arwah dtg seolah2 ada yang ingin disampaikan.. walau di mana saya pegi, mesti mimpikan arwah. kalau time saya sedih ke gembira ke, mesti ada mimpikan arwah. sy di tanah suci dulupun, arwah dtg jugak dlm mimpi saya. yang pasti, saya akan pastikan arwah sentiasa mendapat doa2 dr saya. sbb... sy mmg sampai harini terasa dekat sgt dengan arwah.


kali ni, saya nak luahkan semuanya tentang arwah yang saya ingat. sbb saya rindu, rindu sangat time bercerita dengan dia, arwah/nenek suka bagi nasihat (wpun time tu we'll accept that as bebelan hehe) n arwah juga seorang yang sangat particular and also pembersih. arwah suka kucing, bela kucing berbelas ekor. masing2 ada nama tersendiri. ada juga ayam n itik- ini tak sure ada nama ke tak, sbb hafal nama kucing2 dia pun saya fail hehe. arwah dulu, guru al-quran. jgn la cuba nak baca suka hati or escape2 line kalo baca quran, dia dr reban ayam pun dia buleh sounds kat mana salah kat mana tertinggal. arwah sangat disayangi... time raya mesti penuh rumah dengan murid2 dia. takut2 dorang pun, hari raya sure datang n bawak mcm2.. apa yang saya dpt simpulkan, arwah disayangi ramai... wpun agak garang. sayu sgt, sbb bila balik umah arwah skrg, apa yang tinggal hanya tinggalan2 dia yang usang. tiada lagi wajah ceria yang menyambut kedatangan cucu2. tiada lg kemeriahan ayam itik and kucing2 pun tak seramai dulu. takde sapa lg dah nak tolong interprate mimpi2 merapik saya. kalau dulu2 mimpi ini, apa makna dia, mimpi itu apa plak firasat dia. suka juga usik2 ckp mimpi ular (time ni plak takde bf lg), time ni dia malas nak layan sbb dia kata, kalau in real life pun takde yang bkenan, mcm mana nak validnya kalo ada mimpi2 sebegitu. hehe.. arwah kelaka orangnya. arwah selalu juga menjadi rujukan barang2 ilang, yang sendiri ilang or kene curi ke.. selalunya org mesti datang dekat arwah, minta buatkan solat hajat or mintak air tawar. dengan izin Allah, kebanyakan barang2 yg ilang akan dikembalikan. time arwah masih ada, sorang cucu cicit dia pun tak beminat nak belajar or amalkan ayat2 and doa ilmu utk carik balik barang2 ilang tu. bila arwah dah tiada, semua menyesal... ilmu yang tidak diwarisi.... satu lagi, saya rs arwah cantik (at least pada pndgn sayalah), seingat saya time muda2 dia, buleh tahan juga retro dia.. arwah berkulit putih... mcm cina :)


sebelum saya kawin, saya ada bawa balik hubby jumpa arwah. alhamdulillah, arwah suka dengan personality hubby..siap buat firasat2 dia (ikut tarikh2 islam and what not, err...kirenya mcm tilek2 la haha, tp semuanya berlandaskan ayat quran la kan). apa yang buat saya ingat sampai skrg, arwah penah kata.. kalo betullah jodoh saya dengan hubby ni nanti, iAllah rumahtangga akan kekal bahagia dan penuh dengan kasih sayang. rumah saya juga akan menjadi kujungan ramai, especially bila zuriat dah berkembang, alhamdulillah.. iAllah mudah2han doa2 arwah tu menjadi kenyataan.


around may 2005 arwah dah mula sakit2 and tidak sihat. time tu, I was 5-7mths pregnant, and dah mula bedrest. time ni arwah dah mula demam yang berpanjangan, demam on and off. time tu, saya di KL, arwah di kampung tp saya selalu call ty khabar arwah, borak2. antara kata2 arwah yang paling saya takleh lupa is..tentang kandungan saya. katanya.. "saya betul2 murah rezeki, bukan senang nak dpt anak kembar, ada 2 nyawa baru sekaligus yang diberikan, harap2 Allah tidak menarik balik satu nyawa lain sebagai ganti". saya sentap juga time tu, dahla sememangnya hanya dia shj yang tgh sakit. hati sedih tak terkira. time tu, dia tidur dah mula meracau2, merepek2 dengan mimpi beliau. arwah penah mimpi, dia nampak anak2 yang saya kandung.... kembar yang tak sama...sorang besar and sorang kecil sambil gelak2 and saya dalam hati rs mcm nak meraung sbb takut sgt arwah tak sempat tgk twins. tp, alhamdulillah, bila twins dilahirkan, yes.. it's true, sorang 2.2kg and danial is 1.5kg. bila saya balik for confinement, dia sempat tengok and siap endorse mimpi dia tu betul. hehe... and utk sekian kalinya.. setiap kali tgk muka arwah, hati sy dah fikir bukan2.. dah mula fikir arwah sudah hampir tinggalkan kami semua. arwah time ni mula demam yang tak kebah2, dan kelihatan sangat lemah. dah mula cerita mimpi2 dia yang nampak baby2 (yang menyerupai anak2 yang beliau yang semuanya meninggal ketika masih kecil- kalo tak mesti aku ada extra pakcik2) dan baby2 tu dtg jemput dia dgn kapal la, apa la.... dia ckp dia mimpi jumpa arwah atok la... time tu we all mcm marah dia, tanak dia saratkan pemikiran dia dgn bende sebegitu wpun dalam hati masing2 saya tahu, ramai yang dah menangis... sayalah yang paling terasa..apalagi beliau selalu ckp yang beliau sgt syukur dpt juga jumpa twins sebelum beliau pergi.


bila dah masuk Aug 2005, saat2 akhir sebelum arwah pergi, saya dah kene balik KL sbb confinement dah nak habis. namun, few days after balik KL, daddy dah call saya, time tu saya kat klinik... daddy call utk ckp arwah dah takde, hp saya terlepas (mcm dlm drama tu)... and terkedu, rs nak meraung sbb tak smpat jumpa arwah. tak berpeluang bersama arwah pada saat2 dia pergi. terngiang2 2 hari sblm tu bila saya call utk ty khabar dia thru phone, dgrnya mcm dah sihat, suara pun segar..time tu hati saya lapang sikit, fikir positif... walau terdetik dlm hati yang sometimes, org yg hampir waktu ajalnya.. kdg2 ada yang tiba2 sihat n segar bugar.


so, bila dh dpt berita terus rush balik kampung. mcm tak pecaya bila lihat arwah sudah diselimut.. yang tinggal hanyalah wajah putih yang telah kaku. time tu nak baca surah pun tersekat2 sbb lebih kepada nak meraung2.. tangan saya menggeletar sewaktu bacakan yassin dan surah, susah sangat nak control emosi. maklum la aku ni kan ratu air mata. waktu arwah dimandikan, saya rs air mata saya sama banyak dengan air yang org guna nak mandikan arwah. hasrat saya nak mandikan arwah tak kesampaian bila saya masih dlm hari. :(, so buleh smbg tugas menangis kat tepi2 dinding :(. time tu semua org tak berani pujuk saya. saya seolah2 dalam dunia saya..


arwah pegi before masuk waktu zohor, arwah baring lepak2 dekat kerusi fav dia sementara tgg nak masuk waktu. beliau dah siap minta mak usu saya ambilkan wudhu' utk dia before dia lepak kat kerusi tu. and 1 hr lepas masuk waktu, mak usu heran kerana tiada lagi suara2 arwah spt sediakala... mak usu yg tgh sediakan lunch utk arwah minta Aliff (si kecil mak usu) pegi utk lihat kdaan arwah, time tu arwah masih tidur katanya, tp bila Aliff gitau gigi palsu nenek dah tercabut n jatuh.... time tu mak usu dah mula menangis n berlari kepada arwah di ruang tamu... mak usu saya pun tak sempat bersama2 arwah di saat2 akhir. time tu arwah dah pegi. dia tinggalkan kami sorang2.. dia taknak kami lihat saat2 dia hembuskan nafas dia yang terakhir... tapi mak usu paling cool... mungkin sbb dia berpeluang berbakti and jaga arwah sehabis baik :).


kini, saya sarat dengan rindu. rindu nak kucup wajah arwah, rindu nak peluk dia. rindu nak usik dia. rindu nak dengar celoteh dia. rindu semuanya tentang nenek. harap arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, sekurang2nya, ramadhan ni, semua seksa2 kubur diberhentikan, mudah2 arwah tenang di sana....iAllah.


Al-fatihah untuk arwah...


Photobucket

3 comments:

maiTuty said...

al fatihah!!
sedey sgt baca!!

Khairiyah aka Kerry said...

al fatihah..sedih bace post akak ni.sy pun terase kehilangan begini bila saya kehilangan dua pakcik yang saya sangat2 sayang. n kedua2 meninggal tanpa saya di sisi.d lates arwah pak itam yang meninggal bulan 3 baru ni..arwah pun meninggal sorang2 tanpa ade sape2 di sisi :(

Anonymous said...

al-fatihah..