Thursday, 10 March 2011

Asalnya...

mula tulis blog in 2008.

orang yang mula perkenalkan dunia blog adalah belle or siti nabilah mohd shukri hehe, kenal dia time nak fly ke UK dulu. tp ramai juga my BFF yang dah mula blogging. Cikpuling, Sheri, As and many more dah lama berkecimpung. dulu2, start blogging dengan alasan mahu hilang rs gundah gulana belajar di perantauan. awal2 dulu heh ele, skarang pon update tidakla selebat mana. blog hanya akan diupdate apabila stress, or bila ada bende2 yang tidak mengembirakan, juga bila ada hal2 yang menyakitkan jiwa. kononnya nak jadikan blog ni tempat nak luahkan perasaan la konon. so, ilang stress tak with blogging?for me yes, indeed. esp when I have my friends around.

bila dah kenal dunia blogging

dah mula seronok. semakin rajin nak update. update pasal anak, update pasal family, update pasal makan2 (beli bawang kat asda pun nak cakap ;P). lagi seronok bila dah mula tahu nak godek2 website or template. rasa seperti ada rumah sendiri bila ada mcm2 cara nak set up blog. bole letak fav links. time ni, bila ada jer highlight of the day, gi jalan mana2 ke.. shopping2 ke, semua nak tepek kat blog. bila ada first commentator lagi seronok bajet diva mcm dpt gucci free sbb mcm dah dpt kawan maya (heh, poyo gila aku tau). pastu dah knal plak dengan acara blogwalking. jumpa mcm2 website, maka bole la asah skill membeli secara online bagai, hehe.. pastu hari2 tersengih mcm kambing tak senang duduk sbb dok tgg parcel

bila dah terer sikit dunia blog

bukak blog adalah acara wajib harian. fikiran rasa mcm banyaaaaak sangat bende nak citer, tp bila dah dok depan lappy, kejung tatau nak tulis apa. maka end up dengan blogwalking. pernah skali dpt comment dr anon. sentap juga. tp bare with it la. we never know our readers. they could be your friends MIL, could be ur enemies. key point here is... if u r not planning to privatize ur blog, then take an extra caution in expressing ur opinion IF you do not welcome have annoying comments. unless u have ur own policy n can stand as... "woiii-pegi-mati-la!!-suka-hati-aku-la-ni-blog-aku-nak-gaduh-jgn-guna-nama-anon-la-oiii!!!' hehe. aku malas nak privatize2 blog ni. sbb nt nak invite2 lagi, leceh. lagi st, mcm la ramai nau reader aku hehe. kalo dpt comment yang memerlukan serangan balas, kita settle mengikut kadar sentapan yang diberi.

bila dah lama blogging ~dah mula ada pasang surutnya (utk aku la).

update dah mula kejap2 ada kejap2 takde update. or lama gila no update. pastu dah mula banyak blogwalk dari buat entry. hehe. bole la tgk, ada mcm2 kerenah blogger ni. siap bole gaduh2 lagi. hish. yer la, when blogwalking pun we can differentiate type of blogger yang kite suka and tak suka. ada jer blogger yang kite takle terima lgsg cara dia. tp lantak dia la kan, blog dia... suka ati dia la. and dalam blogging ni isu2 yang selalu berbangkit.. (as for my opinions la kan)

1. followers - aku sendiri bila suka baca blog tu, aku link kan aje, malas plak la nak click utk jadi follower ke hape. tp baca tetap baca. nak tepek link pon tak mintak kebenaran, haha. harap2 kalo ada yang tak suka cara ni n her link is listed here, forgive me in advance. ai ikhlas nak baca :)

2. nuffnang- ini, khas utk blog2 glemer shj. blog mcm blog aku ni sila diam. nuffnang ni, kalo traffic blog dia mcm federal highway or mrr2, mmg sangat mashyuk, rate dia mcm mana aku tak pasti.. yang pasti dia kasik duit dlm bentuk cheque (bila smp waktu n ketikanya), bukan dlm bentuk pisang goreng sungai merab. mcm mana nak tambah traffic, sila ty blogger femes2 utk lebih afdhal

3. anon or annoyin- heh, ini std la. kat mana2 pun mesti wujud. tinggal lagi dia dari kalangan kawan2 kite or mmg bakat pendengki sudah tertulis dari dlm perut. asal orang wat post pasal apa2 jer la, mesti nak dengki. tak kira la topic apa pun, mesti tak setuju. mesti nak adsorb secara negatip. nak tunjuk bijak pandai otak besar dia tu. tunjuk kat blog orang lainnnnnnnnn plak tu. ok. tak paham. go and get a life bole? T____T

So, utk apa aku blogging? jujurnya, sendiri taktahu arah tuju blog. haha. lebih kepada expressing my feeling kot, for future reference. ye ke? yes no?ok. masa utk sambung keje hakiki. tp kene tido dahulu. tugas hakiki pada waktu ini adalah tido. bole asah writing skills hehe

7 comments:

ieda said...

Ehh..ehh..mulo2 ado namo aku..pahtu takdok doh..hahaha..

caro kok re la p..ikut dio la..buat bodo jah..kito caro ko anok beranok kito jah..hehehe..lo nih meme keno paka prinsip ada aku kesah?

CikW4nKemb4ng said...

hahahhahaha

magic, nanti aku story ok!

shuhada said...

lepas tu...bila tak update atau dh close akaun tu...boleh tepon plak tuan blog tu tanya mana blog ko wei...hahahahaha

kan kan...

terer lah orang sekarang...

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Ini segmen sape plak ni babe...?:)

Apa2pun kita mmg sejiwa..update macam chipsmore..kejap ade...lama plak baru ade...tp ada ati nak masuk majalah rapi..buleee gitu? hahaha

CikW4nKemb4ng said...

shu - hahaha, mcm biasa ku dengar, di mana yaaa?

ann - aihh... jangang aa wak nganying ann, blog mu tu glemer :), blog aku ni hidup pun mcm nak mati kua kua kua

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Glemer..? Sat nak amek cermin!

Aku sedari diriku siapa..mana leh lawan shifu yg ajar aku buat blog!heheehehe

WaNNi said...

setuju blog utk express feeling2 time homesick. tp bila ada blogger yg dtg lepas tu bg komen 'dah dtg blog u, dtg blog i pulak k', yg gaduh2 pun lagi ntah apa2 la. k.wani rasa dah mengarut pulak tujuan blogging ni.terus rasa nak close down. tambah2 dah beranak 2 ni si kecik selalu je duduk atas keyboard bila nak ngadap laptop.