Sunday, 20 March 2011

Mangsa Pehsyen


nak share pasal tudung yang selalu dilihat dekat Malaysia skrg ni. Banyak betol inovasinya. kamu? hah tlg sedia duit untuk invest kepada mana2 tokey kedai yg digemari secara berhemah n elakkan jadi mangsa fashion mcm saya. unless ada bakat semulajadi pandai menjahit, maka bole la save budget sikit, cuma minta doa agar punya masa n effort utk jahit sendiri. kalo cantek, saya beli, eh..

nak ckp pasal tudung2 hari ini. when it comes to cwk, maka harusla ianya ada ariani, ada arzu, ada fareeda, ada pearl haya, ada D'Haja, ada de zahra, ada shawl ada etc etc etc. but my all time favorite and evergreen is still.... tudung bawal akbar. it's a must!! dekat UK dulu, dok gila Tie Rack. heh. cantek2 juga. mangsa kan aku? so, sila jangan goda2 aku. mmg sumpah senang hanyut dengan peredaran fashion tudung.cuma, lately ni untuk tudung2 awning ni sbnrnya tak banyak yang mampu kekalkan quality dia. ke aku yang dah dan cepat sangat bosan? ha, ni nak express my personal opinion la ni. sblm tu, nak tgk koleksi2 ahkak? meh meh...

kite mulakan dengan tudung2 kategori awning...

after few repurbishments (ada yg jual balik, kasik orang, buang)
tinggal banyak ni saje, 2 hanger saje u!!!! bangga :)))) and
am thinking of buying a new hanger with proper clips utk tudung..


ni inner with awning arzu..

this one without awning

this one with awning, not from arzu

Tie Rack and shawls from arzu

inner with awning, ala2 full scarf (serkup kot lebih tepat)

hehe... ni gedik2 beli tapi tak sanggup pakai...
rs cam mum from mars... hehe


and, my bawal collections...


ok, nak citer

Ariani- yes. mmg aku ada tiga belas lori banyak, smp ada platinum card. awal2 pakai dulu mmg syiok, mcm2 design n unique la juga esp yang corak2 tu. ada size utk muka, terus rs hot hehe. penting tahu, utk orang muka2 besen cam haku. idokla bila sarung tudung tu nt, muat lubang hidungnye saje. pastu, bila imitation suda mula, agaknya ariani ni nak jaga imej, so few innovation dibuat with sky rocketing on their price! ini aku dah mula nyampah. dia buat 3 category rege, first kononnya yang murah gila (as pasar malam price), same as chipo2 tudung n quality cam harem, in fact beli kat pasar malam way way better. second category is pertengahan (rm1++) but for bangi outlet the design is cruelly limited n since it banyak sgt plain colour. third one is yang category 2, tp dia tepek swarovski n dengan gila babasnya jual rm3-4++. kalu nak tukar awning plak, ariani dengan kambingnya akan charge 30++ each+lama nak mati tempoh repair tu. gila kan? padahal tudung dia tu. dahla quality sampahan dah sikit (at least that was my own experience), tak kira la ko dry clean or what ever. the quality is so inconsistence. compare to dulu, boutique dorang tak penuh sgt dah skang ni aku tgk, err.. parallel to popularity ekin kah?

de zahra- aku suka de zahra punye bisness strategy. hehe tetiba. tak menggelabah cam ariani. bila dah mula diterima ramai, mula la nak jual dengan harga cekik darah. dan2 nak mark up price. de zahra ni, yang sponsor citer nur kasih tu. the best part is their tudung, pada aku, awal2 keluar pun mmg ada price yang tersendiri. tak mahal sangat n tak murah juga. sampai skang, even dah mula dikenali ramai pun, harga2 masih sama. nak repair awning pun baru rm15, nak resize S-M or what ever, baru 5 ringgit. tak ke sedap telinga nak beli banyak2 dengar tu? design wise, sangat ok. sbbnya takla semua keluarkan yang lawa sampai aku jadi 'mangsa', ada gak la yang huduh. hehe.. aku ni, kalu aku pegi de Zahra, tp takde tudung yang dibeli, hubby aku akan ty 16x kenapa aku tak beli… ajaib sangat kot hahahah…

Pearl Haya (PH)- as for now, design wise sgt ok sbb dia come out dengan their own unique design, thick awning with a denim materials. pastu ada combination with chiffon la, ada rania type etc etc. price is around rm1++, for me it's ok la jugak. ada juga yang plain design (with her unique layer-layer type) and yg ptg their price didnt slaughtering us with their patented tudung. for some reason, dia ada yang reject or second quality corner in their boutique, very goooood kan? kalo ariani, they prefer proclaimed that they are having massive SALE rather than stating that as their yang reject item. i.e: if that tudung size muka terbesa gila muat masuk 3 ekor lembu skalipun, they will only discount 10-15%. they may assumed their potential customers would be tailors yang bole repair sendiri tudung tu nt. cuma, satu yang tak best about PH ni is, sometimes too many stocks are with their dealer. dekat boutique akan tinggal tak banyak choices kalo pegi lambat2 (utk muka besa cam aku ni la). maka, tpaksa la beli ngan online dealer which we cant even try the tudung first.

wearing a PH

D'Haja- mossssssst of the design are similar to PH. hehe. but way cheaper that PH la. how come aa? hahaha takpe2, I like when it comes to this situation. I can justify to myself, that u r shopping for a better value.. pls buy more, at the end, smp 4-6 pieces jugak. wadehek. sila jgn jadi mangsa pehsyen mcm saya

arzu- hrmmm.... ini agak payah jugak nak elaborate sbbnya, tiap kali masuk aku mesti beli jugak. beli shawl, beli anak tudung, beli syria dia. haih. shawl dia merupakan material yg paling aku suka, sifon ok sifon!! inner cotton dia pon best juga, boleh tgk entry ni, tu first time beli arzu punyer shawl. tp, bila chiffon type shawl dia tu sebenarnya boleh didapati dlm semua house dengan harga rm80++ and harga arzu adalah rm2++, terus aku tak beli dah shawl dia :(, melainkan ada design yang aku tgk sekali terus pengsan-bangun-pengsan-balik sebab berkenan. heee..

segala mak nenek shawl n syria-huh, ini pon aku banyak juga, tatau bila aku beli. inner ada awning, inner kelepet, inner corak. heheh. aku mmg suka la invest n kasik tokey2 tudung ni kaya. hahahha. body syria corak ada, plain ada. alhamdulillah this type aku tak terbeli banyak sangat, seriously ada 2-3 lai sahaja. itupun tak penah pakai bole??now tgh fikir kat mana aku nak sedeqahhhh

fareeda, aku tak penah ada. as for now, dah 3 kali aku klua masuk butik dia and will end up tak beli apa2. akak indon tu pun agaknya dah kenal n naik nyampah tgk muka aku ni, yg masuk belek lama2, try sana sini, pastu blah. tgk orang pakai, lawa gila. aku pakai, tgk cermin... rs nak pecahkan cermin, seyes buruk!

satu lg masalah utama aku adalah, aku bukanla org2 yang variety in colour. serious, warna baju, warna tudung hanyalah merangkumi warna2 stereotype aku yakni gabungan warna pink, pepel, grey and sometimes white. penyakit bertambah teruk apabila pagi2 berdiri depan lemari masih rasa takde baju n tudung nak pakai (pang..tampar skali). pastu rs baju n tudung takde variety, pastu bosan, pastu rasa nak juallllll hehehe. masalah2...

ni gamba pakai tudung tie rack. feveret juga but only for certain occasion :)

and lastly me n bawalllllllll.... all time favorites!

as for the conclusion, kalo nak keluar sebenar2nya akan lebih cepat sarung yang terus ada awning. hhehehe. aku pon tatau motif entry ini. maybe sebab semalam baru lepas beli 3 lai de zahra. uwaaa...

*disclaimer: sy tetap bersyukur dengan segala rahmat n limpahan rezeki yang diberi :). saya juga berjanji nak stop beli tudung awning until further notice!


7 comments:

ieda said...

dakpe..dakpe..hok mane rase nok sedekoh tu bules sekedoh ko aku :D

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Woit..kalu tak tau nak sedeqah ke mana..moh sedeqah kek ambo..kecik tapok tangang...stadium wembley aku tadahkan..hahahaha..

awanis said...

kekeke.. terhibur hati lama tak baca entry CWK..
ai pun suka tudung gak.. and also thanks CWK sbb perkenalkan de zahra, sekrg ni ai peminat syria cotton de zahra.. huhuhu.. arzu memang mencekik darah kan.. tapi sama la, terbeli jugak bila dah tengok sekali boleh pengsan-bangun-pengsan berdiri.. kakaka.. lawak la hang ni

CikW4nKemb4ng said...

ieda: hahahha...buleh2, mu balik dulu semeta

ann: oloh, wembley nah, jauh tu aku nok gi lambung... akakkaka

kak wanis: *blushing* malu ai tawwwwwww. maseh la ye, sudi singgah. kak wanis nt free jom dating, kite usha tudung2 ye :).

Baiti Mustafa said...

aku ingat aku jek yg kronik...rupernya ada geng.

aku nye koleksi bawal memang dah sedekah kepada mak2 sedara yg mmg pakai. tie rack pulak, aku borong banyak masa kat london, very cheap at 10GBP for 3 ketul...tak pakai pon aku sebab rasa pelik bila pakai (ke aku yg tak reti?)

ariani..hmm, ni satu hal pulak. masa aku ke sini, aku bawak 20 helai jek..the rest (yg aku rasa lg banyak dari yg aku bawak ke sini) tinggal

syria aku kurang terjebak sangat sebab aku kat sini kan..susah nak bli. tunggu la aku balik mesia nanti..hahahhah

ezie adila said...

eheheh~ kelakar la entry ni :)ada jugak tahp pengsan dan bangun balik..pengsan lg..ngeh3.. aperpon kalau dah tatu nak bgi kat maner tudung2 tu..sedekah la kat sini yew ;P

Anonymous said...

salam..inner with awning arzu tu kalau rasa macam tak pakai.leh lah let go kat saya..leh bg best price x?huhu...kalau masih pakai takpe..tapi kalau tak pakai bgtau saya kat su_0381@yahoo.com ...TQ :-)