Saturday, 3 December 2011

My 2 Cents



Dalam apa jua bende yang kita buat, kita hadap, kita baca, kita nilai... hanya kita sendiri yang berhak menilai sejauh mana ianya dapat memberi kebaikan, sejauh mana ianya memberi keburukan untuk diri kita. Percayalah, kitalah yang tentukan and how u want it to be, how u want it turn out to be. buku masing2 ok? bukannya share dengan sesapa termasuklah mana2 retis ok. Ke dah murah hati sangat nak tlg isi buku orang lain? dah terlebih pahala eh?

dengan dunia online hari ni, ko bukak FB, twitter, bloghop rata riti, baca pasal segala mak neka kejadian di bumi Allah, ko jugak yang akan decide nak serap bende tu mcm mana. ko nak tgk filem p*rno ke, ko bukak website islamic mana2 skalipun, again... ko sendiri yang akan tentukan bekalan yang sebagaimana yang ko ader untuk bawak bila dah dipanggil menghadap Tuhan.

Maka, setiap sesuatu yang dilihat, dibaca, pandai2lah nak digest, mana yang baik jadikanlah pedoman dan pegangan. mana2 yang buruk, toksah tengok, toksah nak ulas mcm nak tunjuk ko lah yang paling alim dan masuk syurga, sbb ko sorang je ada ilmu agama. toksah lah eh. in the first place, kalo zuhud sangat, internet pun bukak ruangan yang baik2 je, ok? ke FB, twitter, blog ni and dunia celebrities pun ko korek jugak? ok la tu, dengan niat nak carik pengajaran eh. hahahaha... then tepuk dada tanya lah selera. sendiri mau ingatla apa juadah bacaan ko kan? nak tahu jugakkk pasal segala jenis mak neka filem. aku pun tak layak nak ulas banyak kat sini. but then, kalo betul2 niat tu baik, ada FB dgn niat berdakwah, gunalah cara yang betol, tanpa menyinggung perasaan mana2 pihak. dengan astaghfirullah sana, masyaAllah sini, nauzubillah sana sini dgn mengutuk org sana, kutuk org sini, nampak keburukan org ni caci, nampak kelemahan org tu cerca, it wont helps. Tak semua orang akan sewenangnya dpt hidayah dan lembut hati dengan cara yang sebegini. heyy... come on lah.. mcm aku kata tadi. apa jua yang kita buat, kita tengok, kita baca.. kita sendiri yang akan decide utk amek yang mcm mana. Kalo rs perlu tahu lebih lanjut, rujuklah pada yg lebih arif, bukannya bukak web or blog2 yg x sepatutnya, pastu carik keburukan dan kelemahan org. Kalo ko rasakan itu adalah menjadi tanggungjawab ko nak nasihat jugak atas salahlaku atau kesilapan atau dosa2 yang lakukan, silakann.. tidak salah. tp guna lah cara yang betul, saluran yang betul dan yg plg penting dengan tidak menyakiti mana2 hati dan perasaan org. sakitkan hati org, tak bau syurga juga kan?

kite hidup tak lama ok. kalo ko rasa ko punya platform yg baik untuk sampaikan bende2 yang baik dan berunsurkan pengajaran.. ada caranya. Apa guna kalo niat ko baik, tp cara penyampaiannya mengundang caci maki orang? kalo kita hati tu baik dan bersih, iAllah benda2 yang melalaikan dengan sendirinya tu kita akan jauhi. agaknya lah tanya sapa fasha sandha punn tak kenal, sbb tak amek tahu. haha. Aku? aku sgt realistic, so far, kalo aku rs nak baca pasal retis, pasal film, aku baca je, tapi masih boleh menilai mana yg baik dan mana yg buruk ok

haihh...susah kalo diri terasa seperti 'bajet' ni tp lupa plak tang budi bahasa... aku tak ckp ni aku ni baik, jauh skali la ahli2 kitab kan. juga tidak berniat merendah2kan niat or effort mereka yg nak sampaikan perkara2 makruf. NO. apa yg aku cuba ketengahkan di sini adalah, semuanya bergantung pada kita sendiri. cermin balik eh. pada aku kalo rasa sesuatu bende tu tak bawak apa2 kebaikan, malah mengundang perlbagai rasa dan impact negative, pandai2lah ko jauhkan diri drpd benda tu. bukannya JOIN sama and at the same time cuba canang ko lah yang alim, ko lah yang plg baik, ko lah yg paling taklayan hal2 duniawi neh. pls la eh.

sekian

p/s: letih dengan certain attitude orang kita

Friday, 2 December 2011

Terbadai..oleh OmbakRindu



hehe, terbadai oleh cerita neh. sungguh. sumpah nak pengsan tengok lakonan Aaron Aziz.

*tarik napas* breath in and breath out

well, aku ni mmg kaki novel melayu. maka, cerita ombak rindu juga tidak terkecuali. so komen aku, utk novel tu itself mmg best la. cinta lepas kawen, kene rogol ngan Aaron Aziz plak tu lelaki kaya hensom charming bawak BMW, oohh sememangnya mudah la utk jatuh chenta. trust me peeps. that's too good to be true. ok? in real life, selalunya perogol ni nak carik yg hensem mmg payah la kan, kalo tak muka tak sudah, muka cam pecah rumah. ye la, yg hensem tu (dan kaya) tak perlu susah payah nak rogol. ramai je menyerah, betol tak? berbalik pada penilaian novel ni, to be honest, dlm novel citer dia ade banyak je plot2 yang tak penting dan aku (aku ye, bukan org lain) tak suka dan rasa tak perlu. tp still, citer yg disampaikan menepati selera aku. so, bila novel dah diadaptasi kepada movie, sebagai penonton aku rs Aaron and Maya mmg sesuai dan ada chemistry bila digandingkan. kalo tak takkan la simply je si hariz nak nangesss je kejenya. Maya tu plak, in the first place aku takut dia takleh bawak watak kampung, ye la dengan cara cakapnya n air muka nya, everything, BUT heyy... they managed to do it, very well.

Izzah
Memang berjaya jadi minah kampung, yang naive gila. tapi still her face expression mampu mengekalkan unsur2 kejelitaannya walau aku ada terbaca somewhere make up dia tak tebal mana dalam citer Ombak Rindu ni. Kalo aku jadi hariz pun, aku akan berkenan kot dgn minah yang lemah lembut n gojes NM mcm izzah ni. Maya berjaya buat aku sedih. cuba berada di tempat izzah. dia yang ada suami, tapi perkahwinan mereka kene jadi rahsia, suami plak hensem nak mampos, kaya and thank God dah bole plak terima dia (wpun dia rogol dulu). pedih tahu, esp when izzah dah mula jatuh hati and sayang suami dia tu. suami dtg kejap2, pastu tinggal, pastu dtg balik, pastu gi umah bini baru. halahaiii... kene kongsi dgn ramai org la kekdahnya. memang sedih and kene redha ok. Redha ke? pasrah kot tu, bak kata Mila. hehe. Ok, ok. well.. Maya sbnrnya berjaya bawa watak tu, aku terkesan la dengan lakonan dia. er.. ke sbb dia cantek jelita? tp kasih sayang and kesetiaan Izzah pada Hariz benar2 mampu menyentuh perasaan. huuuu.... sedeh la weh, baik sungguh si izzah ni.


Mila
adoiiii, ini aku mcm turn off sikit. make up tebal dan tak cantik sgt. sikit2 jerit2, sikit2 amuk. sampai ckp pun aku susah nak paham. watak ni aku kureng sikit lisa yang bawak. maybe Fazura might suite the character. fazura ni mcm classie sikit. Lisa, kurang sesuai bawak watak kasar yg jerit2 amuk tak kira tempat. nak jadi garang pon nampak cam comel jer lahaiii. all in all, kesian jugak dkt dia. kira atr yang unfortunate la jugak since she sincerely loves Hariz, childhood sweetheart kononnya (smp simpan segala toknenek tix wayang), tp Hariz yang tanak kat dia. seksa ok. kawen dgn org yg terang ngaku tak cintakan dia. tp dah dia degil n nak jugak kawen, telan jer la. hensom tuuu, at least dalam gamba kawen tak nampak kawen dengan jembalang haha.

Hariz
walauuwehhhhhhh.... susah nak komen. sbb akan bias. haha. ok, nak mula dari segi apa? Rupa, mmg hensem NM la kan. ko kasikla watak mcm mana pun kat si Aaron neh. sure jadik. lebih2 lagi watak romantik and obviously can see his loves to Izzah. Time garang pon jadi, time romatik jgn cakap la kan. His expression was superb, and buleh buat fonfuan2 di luar sana cair melepek and teringat2. Aku rasa ramai kot yang akan kata, sanggup jer nak kene rogol or nak kene jadi perempuan simpanan, kalo perogol tu gagah perkosa seperti Aaron Aziz. Haihh... menepati citarasa ok, si Aaron ni jadi Hariz. Aaron benar2 blend with the character, being Hariz yg tersepit dengan kehendak hati dan tanggungjawab pada keluarga. but then, somehow deep down in my heart, aku salute gila la kat Diyana Halik. sgt sporting and professional ok. kalo aku? heh... confirm time2 tu jugak gi tetak si maya karin sbb dh hilang akal tgk laki aku (carik duhet) dengan peluk2 sana sini. haha, yes. I is tidak mampu ok.

Pak Dollah n Mak jah
Rasanya Mak jah kalo ikut novel mix kan? ala2 pan asian gitu. ok. thru that film, aku tak nampak kot celah mana mak jah tu nak keturunan campuran.. err... Pak dollah pun bagus... eh, pak dollah pun senang jugak nanges dalam citer neh. dua2 kali time pak dollah nanges, aku pun nanges jugak. good job la pak dollah.

Datin Sufiah
OOh myyyyyy. Pls la pls. aku mcm takle digest. make up, buruk dan berlebihan. dressing, hazabunnnn. Bikini ok, bikini!! aku rasa dia trying too hard and over utk bawak watak org kaya tuh.. hu hu. sbb pada aku, tak semua org kaya tu sombong and bongkak hina org sesuka hati centu kan? and paling tak tahan and nak muntah, hariz siap puji she looks good in that bikini, ptuiiii.... apakah?

oklah, dah letih. itu saje review aku buat masa ni. and aku nak ckp, aku suka je citer ni. takde masalah pun walau ada yg kata plotnya byk yg tak sama dgn novel. ntah apa yang dorang nak aku pun tatau. lepas ni dengarnya Aaron Aziz akan berlakon dalam cerita Adam & Hawa, juga adaptasi novel author by Aisya Sofea. Dalam citer ni dia jadi PILOT ok, pilot!!! #fengsan la aku, memang fengsan, bangun and fengsan balik. mesti hensom. (yg muka tak hensom pun bleh jadi charming gila kalo dlm uniform pilot, inikan lagi Aaron Aziz!!) Again, dalam hal sebegini mana2 pihak perlu bersifat terbuka untuk berbincang dengan jelas dan author novel juga pada aku tak bole nak expect semua plot dalam novel perlu tepek dan direalisasikan dlm movie. kalau skalipunlah scene itu dirasakan penting, tp bila dah jadi filem, nilai2 komersial juga perlu di pertimbangkan. haaa.. sblm kasik kebenaran adaptasi novel tu, sila la clarify betul2, supaya at the end tak dengar sana sini yang tak puas hati.

ok dah. nak sambung keje.