Friday, 2 December 2011

Terbadai..oleh OmbakRindu



hehe, terbadai oleh cerita neh. sungguh. sumpah nak pengsan tengok lakonan Aaron Aziz.

*tarik napas* breath in and breath out

well, aku ni mmg kaki novel melayu. maka, cerita ombak rindu juga tidak terkecuali. so komen aku, utk novel tu itself mmg best la. cinta lepas kawen, kene rogol ngan Aaron Aziz plak tu lelaki kaya hensom charming bawak BMW, oohh sememangnya mudah la utk jatuh chenta. trust me peeps. that's too good to be true. ok? in real life, selalunya perogol ni nak carik yg hensem mmg payah la kan, kalo tak muka tak sudah, muka cam pecah rumah. ye la, yg hensem tu (dan kaya) tak perlu susah payah nak rogol. ramai je menyerah, betol tak? berbalik pada penilaian novel ni, to be honest, dlm novel citer dia ade banyak je plot2 yang tak penting dan aku (aku ye, bukan org lain) tak suka dan rasa tak perlu. tp still, citer yg disampaikan menepati selera aku. so, bila novel dah diadaptasi kepada movie, sebagai penonton aku rs Aaron and Maya mmg sesuai dan ada chemistry bila digandingkan. kalo tak takkan la simply je si hariz nak nangesss je kejenya. Maya tu plak, in the first place aku takut dia takleh bawak watak kampung, ye la dengan cara cakapnya n air muka nya, everything, BUT heyy... they managed to do it, very well.

Izzah
Memang berjaya jadi minah kampung, yang naive gila. tapi still her face expression mampu mengekalkan unsur2 kejelitaannya walau aku ada terbaca somewhere make up dia tak tebal mana dalam citer Ombak Rindu ni. Kalo aku jadi hariz pun, aku akan berkenan kot dgn minah yang lemah lembut n gojes NM mcm izzah ni. Maya berjaya buat aku sedih. cuba berada di tempat izzah. dia yang ada suami, tapi perkahwinan mereka kene jadi rahsia, suami plak hensem nak mampos, kaya and thank God dah bole plak terima dia (wpun dia rogol dulu). pedih tahu, esp when izzah dah mula jatuh hati and sayang suami dia tu. suami dtg kejap2, pastu tinggal, pastu dtg balik, pastu gi umah bini baru. halahaiii... kene kongsi dgn ramai org la kekdahnya. memang sedih and kene redha ok. Redha ke? pasrah kot tu, bak kata Mila. hehe. Ok, ok. well.. Maya sbnrnya berjaya bawa watak tu, aku terkesan la dengan lakonan dia. er.. ke sbb dia cantek jelita? tp kasih sayang and kesetiaan Izzah pada Hariz benar2 mampu menyentuh perasaan. huuuu.... sedeh la weh, baik sungguh si izzah ni.


Mila
adoiiii, ini aku mcm turn off sikit. make up tebal dan tak cantik sgt. sikit2 jerit2, sikit2 amuk. sampai ckp pun aku susah nak paham. watak ni aku kureng sikit lisa yang bawak. maybe Fazura might suite the character. fazura ni mcm classie sikit. Lisa, kurang sesuai bawak watak kasar yg jerit2 amuk tak kira tempat. nak jadi garang pon nampak cam comel jer lahaiii. all in all, kesian jugak dkt dia. kira atr yang unfortunate la jugak since she sincerely loves Hariz, childhood sweetheart kononnya (smp simpan segala toknenek tix wayang), tp Hariz yang tanak kat dia. seksa ok. kawen dgn org yg terang ngaku tak cintakan dia. tp dah dia degil n nak jugak kawen, telan jer la. hensom tuuu, at least dalam gamba kawen tak nampak kawen dengan jembalang haha.

Hariz
walauuwehhhhhhh.... susah nak komen. sbb akan bias. haha. ok, nak mula dari segi apa? Rupa, mmg hensem NM la kan. ko kasikla watak mcm mana pun kat si Aaron neh. sure jadik. lebih2 lagi watak romantik and obviously can see his loves to Izzah. Time garang pon jadi, time romatik jgn cakap la kan. His expression was superb, and buleh buat fonfuan2 di luar sana cair melepek and teringat2. Aku rasa ramai kot yang akan kata, sanggup jer nak kene rogol or nak kene jadi perempuan simpanan, kalo perogol tu gagah perkosa seperti Aaron Aziz. Haihh... menepati citarasa ok, si Aaron ni jadi Hariz. Aaron benar2 blend with the character, being Hariz yg tersepit dengan kehendak hati dan tanggungjawab pada keluarga. but then, somehow deep down in my heart, aku salute gila la kat Diyana Halik. sgt sporting and professional ok. kalo aku? heh... confirm time2 tu jugak gi tetak si maya karin sbb dh hilang akal tgk laki aku (carik duhet) dengan peluk2 sana sini. haha, yes. I is tidak mampu ok.

Pak Dollah n Mak jah
Rasanya Mak jah kalo ikut novel mix kan? ala2 pan asian gitu. ok. thru that film, aku tak nampak kot celah mana mak jah tu nak keturunan campuran.. err... Pak dollah pun bagus... eh, pak dollah pun senang jugak nanges dalam citer neh. dua2 kali time pak dollah nanges, aku pun nanges jugak. good job la pak dollah.

Datin Sufiah
OOh myyyyyy. Pls la pls. aku mcm takle digest. make up, buruk dan berlebihan. dressing, hazabunnnn. Bikini ok, bikini!! aku rasa dia trying too hard and over utk bawak watak org kaya tuh.. hu hu. sbb pada aku, tak semua org kaya tu sombong and bongkak hina org sesuka hati centu kan? and paling tak tahan and nak muntah, hariz siap puji she looks good in that bikini, ptuiiii.... apakah?

oklah, dah letih. itu saje review aku buat masa ni. and aku nak ckp, aku suka je citer ni. takde masalah pun walau ada yg kata plotnya byk yg tak sama dgn novel. ntah apa yang dorang nak aku pun tatau. lepas ni dengarnya Aaron Aziz akan berlakon dalam cerita Adam & Hawa, juga adaptasi novel author by Aisya Sofea. Dalam citer ni dia jadi PILOT ok, pilot!!! #fengsan la aku, memang fengsan, bangun and fengsan balik. mesti hensom. (yg muka tak hensom pun bleh jadi charming gila kalo dlm uniform pilot, inikan lagi Aaron Aziz!!) Again, dalam hal sebegini mana2 pihak perlu bersifat terbuka untuk berbincang dengan jelas dan author novel juga pada aku tak bole nak expect semua plot dalam novel perlu tepek dan direalisasikan dlm movie. kalau skalipunlah scene itu dirasakan penting, tp bila dah jadi filem, nilai2 komersial juga perlu di pertimbangkan. haaa.. sblm kasik kebenaran adaptasi novel tu, sila la clarify betul2, supaya at the end tak dengar sana sini yang tak puas hati.

ok dah. nak sambung keje.

2 comments:

Sayang.Ibu said...

ko buat aku rasa nak merangkak pi tgk citer nih. aku x mampu lagik nk layan wayang wehhhh... sadissssssssssssssssssssss

Anita, Mummy Adzryl said...

aku suka review ko & aku setuju semuanya!!! ohh abe harizzzz! ekekeekk. :p